Uish!!! Agak - agak la kalau nak buat protes pun. Jangan la sampai melampaui batas macam ni sekali. Kot ye pun nak menegakkan pendirian, takkan tak de cara lain kot?
TAIPEI - Seorang penyanyi, Lee Mi mencetuskan kekecohan kerana dia melakukan protes separuh bogel di depan pejabat Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou di sini semalam.Tindakan itu dibuat kerana dia mahu membangkitkan kesedaran mengenai kempen keselamatan nuklear.Dalam protes itu, dia duduk sambil memegang poster yang menutup payu daranya manakala beberapa orang lagi memakai baju berwarna putih.Bagaimanapun, beberapa anggota polis datang dan menghampiri penyanyi berkenaan.Tubuh badan penyanyi itu yang separuh bogel kemudian ditutup dengan sehelai kain oleh anggota-anggota polis wanita.Tunjuk perasaan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 krisis Chernobyl, Ukraine yang berlaku pada 26 April 1986.
Laporan penuh, sila Klik Sini.
Hah! Bayangkan kalau Si Fuziah 'Reaktor' tu buat protes terhadap isu Kilang Lynas sampai ke tahap macam ni. Tak usah bayang la. Buruk bebenor rasanya. Tak sesuai lansung.
Dia pun sekarang ni dah tak de idea nak balun Kerajaan Negeri selepas kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Pahang sebelum ini.
Nak tak nak, dia kena dengar dan akur dengan cadangan yang diberikan oleh MB Pahang tu untuk mengkaji semula tahap keselamatan Kilang tersebut.
Itu pun selepas kilang tu siap dibina. Kalau tidak macam mana kita nak tahu sama ada kilang tu selamat atau tidak?
Pihak AELB juga dah memberi jaminan bahawa kilang tersebut tidak akan dibenarkan untuk beroperasi jika mereka gagal dalam 'Try - Run' serta ketetapan yang telah dipersetujui.
Tapi sebab pengikut - pengikut serta penyokong tegar dia masih bebal, jadi Si Fuziah 'Reaktor' tu pun ikut bebal jugak la. Jadi tak heran la kalau dia masih nak menyalak - nyalak mengenai isu ni dalam media. Dah bebal, nak buat macam mana!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.