Jumaat, April 08, 2011


Punah ranah dah Pakatan Pembangkang ni sebenarnya. Semuanya sejak tayangan video seks sebelum ni telah didedahkan dalam internet baru -baru ni.

Habis haru biru diorang dibuatnya. Terpaksa la diorang turun beramai - ramai, buat sesi ceramah sana sini untuk menjelaskan mengenai isu tersebut.

Sampai kena berebut - rebut pulak masing - masing nak naik ke pentas ceramah. Semuanya mengaku belaka yang diorang pun bukan individu dalam video tersebut.

Malam semalam, Semut merayap sampai ke DUN Satok. Berenti sekejap dekat bilik gerakan PKR untuk kawasan berkenaan.


Nampak la mamat ni tengah bagi ceramah merapu dia. Nama dia katanya Roslan Ahmad, bekas Ketua AMK Kota Bharu, Kelantan. 

Erk, ramai jugak rakyat Kelantan kat Sarawak ni ye? Macam dah jadi tempat diorang la pulak. Semua habis berkumpul kat sini. Calon dioarang pun orang Kelantan jugak.

Ni memang sah la diorang nak mengKELANTANISASIkan rakyat Sarawak kalau macam ni gayanya. Nak jadikan Sarawak ni Kelantan kedua pulak la agaknya.

Apa pun, kita balik kepada cerita asal. Mamat ni dalam ceramah kelentongnya ada juga menyentuh mengenai isu video seks yang membabitkan 'Pemimpin Kanan' Pakatan Pembangkang ni.

Kata dia, kalau la orang mengenali dia secara peribadi, tak mungkin orang tu pun akan percaya yang individu tersebut ialah dia.

Dia suruh orang yang hadir ceramah tengok rupa dia, bentuk badan dia, perut dia dan gaya dia berjalan. Tak sama lansung dengan individu dalam video tu katanya.

Mangkung hayun, penipu!!! Siapa pulak kata dia yang ada dalam video tu? Tak de orang pun kenal dia, nak kata dia pulak menda jadahnya?

Malah Anwar Ibrahim sendiri pun, tak de orang yang kata individu dalam video tu adalah dia. Hanya dia je sendiri yang mengaku kata orang dalam video tu bukan dia sebenarnya.

Tapi kenapa pulak dia beria - ia nak mengaku kata itu bukan dia? Anwar ni sebenarnya ikut kata peribahasa Melayu la - Siapa Makan Cili, Dia Yang Rasa Pedas. Dah rasa 'pedas' tu yang dia  menggelupor cari air. Kalau tak de angin, masa kan pokok bergoyang, ye tak?

2 ulasan:

  1. salam..

    haha.. mana tulisan siam yg ada kat video tu? ko tengok youtube x?

    haha.. kat surat khabar arus perdana sume tak tayang plak tulisan siam tu.. sume edit.. mangkuk hayun..

    BalasPadam
  2. Tulisan Siam tu maksudnya: "Phaholyothin Street, 10400 Bangkok, Thailand. Copyright 2011."

    Cuba research sendiri kalau nak tau selanjutnya, jgn malas.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping