Rabu, April 06, 2011

...Dominique Di Denda, Berdiri Atas Kerusi...


Hari ni masuk hari penamaan calon bagi Pilihanraya Negeri Sarawak. Tapi sebelum tu dah ada dah masalah yang berlaku dalam PKR ni.

Sampai ada yang kena denda berdiri atas kerusi. Macam budak sekolah pulak diorang ni rupanya. Buat salah, kena denda. Bila didenda, mula merajuk.

Mungkin sebab dah bosan asyik kena denda dan dipersalahkan tak tentu pasal oleh si Ketua Penipu tu, penyandang DUN Padungan umum keluar dari parti tersebut.

Dominique Ng yang tidak disenaraikan sebagai calon PKR untuk Pilihanraya Sarawak ini bagaimana pun akan tetap bertanding sebagai calon bebas.

Tindakan tersebut katanya disebabkan berlaku pertembungan prinsip. Bila ditanya mana lebih penting diantara prinsip dan perpaduan, Dominique kata mana ada perpaduan.

Perpaduan bagi pembangkang di Sarawak, kata dia, adalah dengan mengorbankan dua penyandang sedia ada untuk dua calon yang sama sekali tidak ada peluang nak menang.
"Malangnya, apa yang mula dengan begitu baik, kini menjadi satu impian yang sia-sia" - Dominique Ng.
Kata Dominique lagi, Pilihanraya Sarawak kali ini menawarkan peluang yang terbaik kepada pembangkang untuk menumbangkan BN. Tapi peluang itu telah dibazirkan begitu sahaja.

Selain itu, Dominique juga turut menyatakan bahawa dia sudah bosan kerana terpaksa berjaga - jaga setiap masa. Takut ada orang yang akan menikamnya dari belakang.

La! Baru dia sedar ke yang orang dalam PKR ni suka 'main belakang'? Nak pulak Si Ketua Penipu tu. Dia memang suka bab - bab 'main belakang' ni.

Lagi pun, Pakatan Pembangkang tu memang suka membazirkan peluang yang ada depan mata. Jangan kata dalam Pilihanraya Sarawak ni je.

Peluang nak tawan Putrajaya pun disia - siakan jugak. Kalau Anwar boleh membuktikan bahwa semua tuduhan terhadap dia sekarang ini satu fitnah, tak ke senang kerja?

Kerjanya bukan susah sangat. Bagi je sampel darah dia untuk diuji sama ada DNAnya sama atau tidak dengan DNA Lelaki Y.


Itu je. Tapi itu pun dia tak nak buat, kenapa? Dah sah bangangnya si Ketua Penipu tu. Ada hati lagi nak jadi Perdana Menteri pulak tu. Ceit!!! Pigidah!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping