Nak kata bodoh, dia bekas Timbalan Perdana Menteri. Nak kata bongok, dia asyik bangga yang dia pegang jawatan Menteri Kewangan 8 tahun. Jadi dia mesti cerdik.
Tapi cerdik - cerdik dia pun, disebabkan kes yang remeh temeh macam isu pendedahan video seks ni membuatkan dia jadi bodoh tahap Omega.
Semut secara dasarnya tidak berapa setuju dengan tindakan Trio Datuk T yang mendedahkan video tersebut sebab tidak kena pada waktu.
Soalan Semut mudah. Ke mana arah tuju sebenar yang hendak dibawa oleh Trio tersebut dengan pendedahan ini? Apa tujuan sebenarnya?
Kalau nak bercerita pasal moral, banyak lagi benda lain yang boleh dijadikan bahan untuk membalun musibat bernama Anwar Ibrahim ni.
Dakwaan mahkamah terhadap kes meliwat dia sahaja dah cukup untuk melabelkan moral dia sebagai pemimpin.
Pada hal bukan itu sahaja yang boleh dijadikan bahan untuk kita mempertikai kredibiliti Si Ketua Penipu tu. Banyak lagi.
Paling besar sekali ialah mengenai kekayaan dia di luar Negara. Berapa banyak kekayaan yang dia miliki untuk menanggung perjalanan partinya dan kehidupan peribadi keluarganya?
Soal tu takde pulak orang nak dedahkan. Kenapa tak de orang yang berani mempertikaikan perkara tersebut?
Bagi Semut, serangan peribadi terhadap Si Ketua Penipu tu tak banyak memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhan.
Kalau nak serang dari segi Politik, cukup setakat kita serang perlaksanaan dasar dan prinsip perjuangan Pakatan Pembangkang yang dipimpin oleh Si Ketua Penipu tu sahaja.
Itu pun diorang dah menggelupor tak tau nak jawab. Tak cukup lagi ke? Politik bukan mengenai Musibat tu sorang je. Politik ni mengenai keseluruhan rakyat Malaysia.
Jadi apa perlunya pendedahan video tersebut? Yang Si Musibat tu pulak punya la bodoh, pergi layan kerenah diorang tu buat apa? Lagi dia layan, lagi parah la jadinya.
Dan disebabkan kebodohan dia tu la, dia sendiri yang terperangkap dalam permainan Trio Datuk T ni. Kalau dia tak layan, tak jadi macam ni.
Tapi nak buat macam mana. Dah Si Ketua Penipu tu bodoh, pegang sangat cogankata 'Lawan Tetap Lawan'. Hah! Sekarang, dia sendiri yang dah tak terlawan, dia nak kata orang buat konspirasi menda jadahnya. Nasi dah jadi bubur. Lu tanggung la sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.