Sabtu, April 02, 2011


La! Ada lagi rupanya bahan yang belum Semut dedahkan mengenai pojek Lynas di Gebeng ni rupanya. Semut pun tak perasan.

Mintak maaf la ye sebab terlewat buat posting hari ni. Maaf juga dipohon sebab lambat memaklumkan mengenai isu Lynas ni.

Dalam posting yang lalu, (klik sini) Semut dah jelaskan mengenai sesi taklimat yang diberikan oleh Syarikat serta pertubuhan yang ada kaitan dengan projek tersebut.

Sesi taklimat yang disampaikan oleh Agensi Atom Malaysia (AELB MOSTI) itu juga turut dihadiri oleh 10 ADUN dan Ahli Parlimen pembangkang.

Termasuk la si Fuziah Salleh yang sejak akhir - akhir ni sibuk mempertikaikan mengenai isu tersebut. 

Yang jelasnya, dalam sesi taklimat tu, tak de sorang pun dari kalangan pembangkang ni yang buat bantahan. Tetapi sebaliknya mereka juga turut bersetuju dengan cadangan membina loji berkenaan.

Itu soalan yang perlu ditanya oleh orang yang buat demonstrasi semalam kepada Fuziah Salleh. Kenapa masa tu YB tak bantah?

Hari ni, dia kata MB Pahang bukan orang yang layak untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai perkara tersebut.

Maka dia mencadangkan agar MB Pahang dapatkan kajian dan pandangan daripada badan bebas berkenaan impak loji tersebut.

Impak yang dimaksudkan termasuk la dari segi kesihatan, kehidupan masyarakat, ekonomi dan mata pencarian rakyat disekitar kawasan Gebeng.

Dalam sesi Media yang di buat oleh MB Pahang hari tu dah dijelaskan bahawa sesi Penerangan ini akan dibuat oleh pihak AELB. 

Dan penerangan itu akan diadakan dalam masa terdekat ini. Malah pihak Lynas sendiri pun akan terlibat dalam sesi tersebut.

Ni dah sah la si Fuziah Salleh tu baca surat khabar tak habis. Ambik sikit - sikit je. Yang mana dia rasa tak betul, itu je yang dia petik.

Nampak sangat la ini semua hanya mainan politik si Fuziah Salleh ni semata - mata. Dia nak pengundi dia nampak la kononnya dia buat kerja.

Soalan daripada GPMS Pahang juga perlu dijadikan renungan bersama. Adakah benar si Fuziah Salleh ni memperjuangkan isu untuk rakyat atau hanya semata - mata demi kepentingan politik dia sahaja? Hah, jawap Fuziah, jawap.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Dah jadi BRAND pakatan.....

    BANGKANG APA SAJA.

    BalasPadam
  2. link kan blog ini tuan...

    BalasPadam
  3. linkan blog ini tuan

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping