Jumaat, April 29, 2011


Semut tertanya - tanya jugak. Ulama mana yang akan dipergunakan oleh Anwar Al - Juburi ni untuk sokong dia agar tidak mengangkat sumpah.

Imbas balik. Masa mula - mula dia menghadapi pertuduhan liwat dua tahun lalu, Nik Aziz pernah cabar Anwar supaya bersumpah Mubahalah.

Ini sebab Nik Aziz yakin Anwar tak buat kerja haramjadah tu. Tapi Anwar pergi jelaskan kepada Nik Aziz bahawa Yussof Qadrawi menasihatkan dia agar jangan angkat sumpah.

Siap ada video rakaman khas mengenai perkara tersebut yang disiarkan oleh puak - puak penyokong Si Al - Juburi ni.

Nik Aziz bukan sahaja yakin bahawa Anwar Al - Juburi ini kononnya tak meliwat Pembantu Khasnya, Mohd Saiful Bukhari.

Malah Nik Aziz juga yakin bahawa dengan mengangkat sumpah itu sahaja caranya Anwar dapat membersihkan maruah dirinya sendiri.

Maka anggapan Semut, Nik Aziz lah yang akan mengeluarkan fatwa baru yang menyokong tindakan Anwar untuk tidak mengangkat sumpah dalam kes video seks ini.

Ternyata, anggapan Semut jelas meleset. Anwar ada Ulama lain yang diboleh pergunakan. Anwar ada Mufti yang sah untuk mengeluarkan fatwa tersebut.

Anwar gunakan Bekas Mufti Selangor, Dato Md Hashim Yahya. Katanya, sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja - kerja orang jahil.

Namun apa yang dijelaskan oleh Bekas Mufti Selangor itu ialah mengenai hukum qazaf dimana setiap pertuduhan zina perlu menampilkan 4 orang saksi yang sah.

Mungkin, Keadilandaily.com tersalah tanya soalan sebab apa yang dijelaskan oleh Bekas Mufti itu ialah mengenai sumpah li'an yang hanya melibatkan suami dan isteri.

Orang bercerita mengenai sumpah Mubahalah. Bukan sumpah li'an. Sumpah Mubahalah ini adalah untuk menyaksikan bahawa pertuduhan yang dibuat adalah benar tanpa sebarang saksi yang sah.

Teringatkan kejadian yang menimpa Nabi Yusof A.S dimana Baginda juga berhadapan dengan pertuduhan zina seumpama ini oleh seorang wanita.

Baginda dituduh cuba merogol wanita yang juga isteri kepada seorang yang mempunyai kedudukan tinggi. 

Namun Baginda gagal membawa empat orang saksi, lalu Baginda mengangkat sumpah sekiranya pertuduhan yang dibuat adalah tidak benar, maka Baginda mohon petunjuk dari Allah S.W.T.

Dan ternyata, Baginda berada didalam golongan orang yang bercakap benar apabila suami kepada wanita itu mendapati baju Baginda koyak disebelah belakang.

Secara logik, sekiranya nabi Yusof mempunyai niat untuk merogol wanita tersebut, sudah tentu baju Baginda akan koyak disebelah hadapan.

Maka dengan cara bersumpah Mubahalah itu sahaja dapat membuktikan sama ada Anwar berada dipihak yang benar atau tidak. Itu sahaja. Tidak ada alasan lain yang dapat diberikan oleh Si Ketua Penipu itu selain dengan tindakan ini.

jika dia berada dipihak yang benar, kenapa dia takut? Itu persoalan yang kerap dielak setiap kali ditanya. Bukti, itu yang dituntut. 

Buktikan dia berada dipihak yang benar. Jangan berselindung disebalik alasan - alasan yang tak boleh diterim akal. Jangan asyik nak menipu je kerjanya!!!

3 ulasan:

  1. Hi all,

    Kata lah nanti ANUwar ni jadik PM. Dia nak ke bersumpah depan Agong/Parlimen ek? Aku rasa yang ni mesti laju je. Heheh

    BalasPadam
  2. Bekas Mufti Selangor atau Perlis??

    BalasPadam
  3. Dalam blog Al-juburi tu tulis Bekas Mufti Selangor. Ce baca:

    http://anwaribrahimblog.com/2011/04/29/sumpah-eskay-itu-kerja-orang-jahil-kata-bekas-mufti-wilayah/

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping