~Sesungguhnya tiada satu rakyat negeri di Malaysia ini yg lebih mengambil berat dan cakna akan rakan senegerinya dgn sebenar pengertian melainkan rakyat kelate~
'Quote' diatas Semut ambil dari laman blog yang mengumpulkan senarai blog - blog pro pembangkang di Kelantan. Klik sini.
Tapi apa kena mengenanya 'quote' itu dengan artikel Semut ni? Yang jelas, artikel Semut ni bukan cerita pasal Kelantan, cuma ianya ada kaitan dengan quote diatas.
Artikel ni ada kena - mengena dengan tempat yang Semut pergi tengahari tadi, iaitu di DUN N.15 - Muara Tuang.
Selepas diumumkan oleh SPR, Dewan Undangan Negeri ni dipertandingkan secara 1 Lawan 1, diantara Barisan Nasional dan PAS.
PAS diwakili oleh Noraini Bt. Hamzah. Orang bernama Noraini ni yang ada kena mengena dengan 'qoute' diatas.
Jika dilihat pada daftar pemilih Noraini ni, dia memang mengundi di Muara Tuang ni. Tapi tempat kelahiran dia mencurigakan.
Lihat pada nombor kad pengenalan dia. Jelas tertulis kod Negeri 03. Kalau kita semak dengan JPN, kod tersebut mewakili Negeri Kelantan.
Maknanya, Noraini ni asalnya orang Kelantan. Dia kawin dengan seorang bekas tentera yang pernah berkhidmat di Sarawak, seterusnya menetap di sini.
Sebab itulah Semut pelik bila semua jentera PAS yang hadir pagi tadi memberi sokongan sewaktu sesi penamaan calon berbahasa dalam bahasa Kelantan.
Ini merupakan satu penghinaan yang dilakukan oleh PAS terhadap anak tempatan Sarawak. Sebab mereka sendiri tidak yakin dengan rakyat tempatan.
Kalau tidak kenapa mereka pilih calon yang berasal dari Kelantan? Apa, orang Sarawak ni tak layak ke dipilih untuk mewakili mereka?
Diorang ingat orang Sarawak ni tak cukup Islam ke nak mewakili diorang dalam memperjuangkan Islam? Ceit!!! Pigidah!!!
Assalam Bro
BalasPadamAsal arti PAS aje mana ada calon yang berwibawa. Sama aje mereka ni cakap tak serupa bikin macam pemimpin atasan PAS. Tolak aje pemimpin dari Kelantan ni dia takan membela nasib rakyat Sarawak.