Ini satu benda yang pelik dan aneh dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen. Nama wakil rakyat tapi tindakan dia tidak menggambarkan lansung dia layak untuk duduk dikerusi tersebut.
Mana tidaknya. Dia hanya pandai memainkan sentimen dikalangan rakyat sahaja. Tapi 'mengkala' nak cari jawapan dan jalan penyelesaian, tidak sama sekali.
...Ketua Polis Daerah Kuantan terpaksa turun untuk menyuraikan perhimpunan Haram di Kawasan Teluk Chempedak...
Dah berapa kali dah dilaporkan bahawa Si Fuziah 'Reaktor' ni mengelak untuk bertemu dengan Pengarah IAEB untuk diberikan penjelasan? Rasanya dah lebih daripada 10 kali.
Setiap kali Pengarah turun bersama dengan wakilnya ke Parlimen, waktu tu jugak Fuziah tak ada di Parlimen. Bila nak diaturkan temujanji, dia asyik mengelakkan diri.
Konon kata dia banyak kerja dan sibuk menguruskan hal ehwal rakyat KONONNYA. Hal ehwal rakyat apa yang dia sibuk sangat tu?
...Ini je penyokong yang dia ada??? Mana orang lain???...
Malah wakil rakyat untuk Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Beserah pun tidak banyak membantu bila dia kantoi tidur dalam sidang Dewan sewaktu penjelasan dibuat mengenai isu Lynas ni.
Laporan terkini juga mengatakan bahawa Si Fuziah 'Reaktor' ni tidak hadir dalam sidang ICAPP yang turut membincangkan soal Bencana Alam dan Pemuliharaan Alam Sekitar.
Tapi dia masih jugak nak tunjuk Hero kononnya dia pembela kepada Alam Sekitar dengan mengadakan siri demonstrasi secara haram di Kuantan.
...Dia bagi bunga? Menda jadahnya dia bagi bunga????...
...Bagi penjelasan kenapa dia tak jumpa dengan Pengarah IAEB tu, Bukan bagi bunga!!!...
Tujuannya hanya satu. Untuk menimbulkan huru hara dan kacau bilau serta memberi maklumat palsu kepada rakyat.
Penyokong dia pun bukan ramai sangat. Tak sampai 100 orang pun. Itu pun dikalangan mereka yang tak tahu apa yang dia buat sebenarnya.
Satu soalan yang perlu ditanya oleh pengikut - pengikut Si Fuziah 'Reaktor' ni ialah, kenapa dia tak pergi berjumpa dengan pengarah IAEB untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara sebenar?
Kenapa dia asyik mengelakkan diri dan tidak hadi dalam mana - mana sesi taklimat penerangan mengenai perkara tersebut?
Itu soalan yang perlu dijelaskan oleh Fuziah 'Reaktor' ni kepada rakyat. Bukan buat dakwaan yang bukan - bukan!!!
Ps: Gambar dan artikel ini dihantar oleh penduduk-penduduk disekitar kawasan Kuantan melalui email.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.