Ini cerita betul, bukan cerita main - main. Anwar katanya akan mengangkat sumpah Mubahalah dengan menggunakan hukum Al - Qur'an.
Tapi tak tau la sama ada dia berani atau tidak. Sebab dia hanya tau bercakap dan mempertikaikan pasal orang je selama ni. Nak tunggu dia buat, entah sampai bila la pulak.
Kalau bercerita pasal orang memang sedap. Boleh cakap apa saja ikut suka hati masing - masing tanpa ada sebarang bukti yang kukuh.
Itulah sifat puak - puak Pembangkang ni sebenarnya. Diorang hanya pandai bercakap, tapi bila disuruh melaksanakannya, jauh sekali. Hidup mati semula pun diorang takkan buat benda yang diorang cakap.
Sebagai contoh, isu angkat sumpah Mubahalah yang dilakukan oleh Datuk Shazryl Eskay di Masjid Amru Al-As baru - baru ni.
Kata Hadi Awang, tindakan Eskay mengambil sumpah laknat mengenai pendedahan video lucah yang ditayangkan sebelum ini tidak berlandaskan hukum Islam dan Al - Qur'an.
Presiden PAS tu kata, mereka telah melakukan sumpah yang salah. Kononnya, kata dia, sumpah pakai Al - Qur'an, tapi hukum dalam Al - Qur'an tidak dipakai.
“Kalau sumpah, mesti pakai hukum yang ada dalam itu (al-Quran). Mengikut Islam tidak cukup menggunakan kitab tetapi mesti memakai hukumnya. Ini sumpah pakai Kitab tetapi tidak digunakan hukum dalamnya,” tambah beliau.
Hadi juga memberi alasan bahawa Shazryl hanya menggunakan Al - Qur'an sebagai syarat supaya membolehkan dia melafaz sumpah berkenaan tetapi tidak mematuhi Syiar Islam yang ditetapkan.
Jadi, disebabkan Hadi Awang dah bagi alasan macam tu, maka apa salahnya jika dia suruh Anwar angkat sumpah mengikut cara yang betul seperti mana yang dia nyatakan.
Suruh Anwar angkat sumpah mengikut hukum yang betul seperti yang termaktub dalam Al - Qur'an mengikut syariat yang sebenarnya. Panggil Datuk Eskay sekali.
Biar Hadi Awang yang ajar, macam mana angkat sumpah Mubahalah tu mengikut Syariat yang betul mengikut Al - Qur'an. Baru semua orang puas hati.
Biar Hadi Awang yang ajar, macam mana angkat sumpah Mubahalah tu mengikut Syariat yang betul mengikut Al - Qur'an. Baru semua orang puas hati.
Yang penting sekarang ni, Anwar perlu buktikan bahawa dia berada dipihak yang benar. Ambik tindakan sama ada angkat sumpah atau saman Datuk Eskay.
Jangan cakap orang lain buat sumpah dengan cara yang salah, tapi bila suruh diorang buat dengan cara yang betul tak nak pulak. Banyak sangat bagi alasan.
Rakyat sekarang tuntut kebenaran. Sekarang buktikan la kebenaran tu. Jangan nak main pusing - pusing je tau nya!!!
Kalau Anwarr tak percaya dengan sumpah cara Islam apa salahnya kalau gunakan cara sumpah agama Bos Besar beliau di Amerika iaitu agama Yahudi he he
BalasPadamanwar berani angkap sesumpah je
BalasPadamPersoalan pokok. Pelakon dalam video tu ikut ajaran Al Quran tak Hadi oi..?
BalasPadamPelik tol la juak2 pembangkang terutamanya PAS ni... dah terang lagi bersuluh yang balun amoi tu Anwar pun tak nak caya lagi... Apa bukti lagi yang diorang nak? Nak tengok Anwar main live baru nak percaya ke? Bengong betul la!
BalasPadamHadi ni buat silap lagi.
BalasPadamBuat apa PAS nak bela Anwar lagi?
Ini akan buat kecundang di PRU13 nanti.
Kecuali jika Melayu mudah lupa ?????
bertaubatlah wahai saudara...umur dah semakinsenja.Perjuangan tanpa hala tuju..Allah tahu apa yang anda lakukan..Malaikat dikiri kanan anda sedang mencatit dosa dan pahala yang anda lakukan.. tak takutkah dengan azab Allah...Tiap-tiap hari buat fitnah..tau tak apa hukumnya. dalam Islam tak ada perkara buruk diizinkan...bertaubatlah..pintu sedang terbuka..
BalasPadam