Ni satu lagi perangai manusia paling keji dalam Malaysia. Dah terkencing dalam seluar, lagi dia tak nak mengaku kata dia buat.
Mungkin si Sam Ketot ni tak pernah dengar peribahasa yang menyebut, Kalau tak de angin, Masa kan pokok bergoyang.
Tapi kalau dia 'goyang' benda lain tak tau la sama ada dia nak mengaku atau pun tidak. itu pun kalau dia berani nak mengaku la kan.
Sam Ketot ni katanya tetap mempertahankan bahawa tindakan AMK buat kecoh membantah Majlis Angkat Sumpah Datuk Shazryl Eskay bukan berpunca dari mereka.
Sebaliknya, kata Si Ketot ni, kekecohan tu timbul akibat daripada provokasi daripada penyokong UMNO dan PERKASA yang turut berada didalam Masjid ketika itu.
Maka, atas alasan yang tak masuk akal tu, Sam kata dia tidak akan meminta maaf berhubung kekecohan tersebut.
Alasan yang dia bagi adalah berdasar perkara yang 'disyaki' bukan dapat dibuktikan pun. Dia main sebut ikut suka hati dia je kata UMNO dan Perkasa yang timbulkan kekecohan tu.
Sebab dia jelas tak de bukti kukuh yang menyatakan bahawa ada penyokong UMNO atau Perkasa yang turut berada di Masjid tersebut pada ketika itu. Cuba lihat video ni:
...Siapa yang dijulang dalam Masjid ni? Pemuda UMNO ke atau Wira Perkasa?...
Kalau nak kata, kekecohan tu timbul akibat provokasi beberapa pihak lain, maknanya Sam jelas menyatakan bahawa AMK ni tak tahan diprovok. Mereka lemah dalam serangan Psikologi.
Jadi, disebabkan mereka lemah dalam peperangan Psikologi, maka sebab itulah dia terkencing dalam seluar masa diasak dan diprovok sewaktu tahun 2009 dulu.
Jangan main cakap je Sam oi! Buktikan la kalau ada pihak UMNO atau Perkasa yang terlibat dalam kekecohan tersebut. Kalau setakat 'disyaki' apa barang.
Semua orang boleh cakap macam tu. Tapi yang pastinya, Sam dan konco - konco dia ni memang jelas tak de adap. Dalam Masjid pun nak buat kecoh dan menyebut perkataan yang tidak sesuai.
Lepas dah terkencing dalam seluar, dia nak cakap orang lain yang kencing pada dia. Pegi tipu orang lain la. Ingat Rakyat Malaysia ni bongok macam dia agaknya. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.