Selasa, Mei 31, 2011


Masih belum selesai rasanya Semut mengigit Si Fuziah 'Reaktor' ni. Hanya semata - mata dia kuat sangat menipu rakyat.

Tapi jangan sangka setakat tu sahaja agenda Si Fuziah dan konco - konconya ni. Dia masih ada lagi agenda yang lagi besar dan jahat yang bakal menggugat ekonomi Negara secara lansung.


Taktik sebenarnya Si Fuziah dan geng - geng Anti-Lynas ni adalah untuk memburuk - burukkan imej Negara dikalangan pelabur - pelabur asing.

Pertama sekali, mereka menjaja cerita bahawa Kerajaan Malaysia ni kejam kerana sanggup memperjudikan nyawa rakyatnya dengan membina kilang memproses logam nadir bumi itu.

Maka, secara tak lansung, mereka nak kata yang Kerajaan Malaysia ni tak ambil kira lansung mengenai keselamatan rakyat demi mendapatkan keuntungan kononnya.

Itu baru satu agenda yang direncanakan oleh puak - puak Anti Lynas ni sebenarnya. Satu lagi agenda mereka ialah agar kilang tersebut tidak dibina lansung di Malaysia ni.


Keadaan ini akan turut merugikan Kerajaan Malaysia dengan kehilangan satu sumber pendapatannya iaitu cukai yang dikenakan ke atas kilang tersebut serta hasil - hasilnya.

Bayangkan, kalau satu dunia beli logam nadir tu dari Malaysia, tak untung ke Kerajaan Malaysia dan rakyat - rakyatnya kelak?

Rakyat untuk sebab dapat peluang pekerjaan yang disediakan. Di kilang tu sahaja, lebih 20ribu peluang pekerjaan yang ditawarkan.


Itu kilang memproses sahaja. Belum kilang yang menghasilkan barang - barang dari sumber yang diproses tu pulak. Silap - silap hari bulan, Toyota pun akan bukak kilang mereka di Malaysia.

Agenda yang seterusnya ialah menghalau pelabur - pelabur asing agar tidak datang melabur di Malaysia sekiranya pihak Kerajaan membatalkan cadangan pembinaan kilang tersebut.

Kalau Kerajaan Malaysia membatalkan pembinaan kilang tu, dah tentu Lynas akan kata, Kerajaan Malaysia cakap tak serupa bikin. Maka secara tak lansung, perkara itu akan menjejaskan imej Negara.

Itulah sebenarnya agenda jahat yang direncanakan oleh puak - puak Anti-Lynas ni yang diketuai oleh Si Fuziah 'Reaktor' ni. Itu pun puak - puak Anti Lynas ni tak sedar agaknya. 

Maklum la, diorang menyokong pun main ikut secara membabi buta je. Dah la kena kencing pulak dengan Si Fuziah 'Reaktor' tu. Lagi la diorang tak tau apa - apa!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Mana 1 yg betul ni? Ada blog tulis Lynas dikecualikan cukai sehingga 12 tahun tapi blog Tuan tulis sebaliknya.

    Boleh berikan sumber yang sahih tentang hal cukai ini?

    BalasPadam
  2. Cukai hasil tak dikutip selama 12 tahun.

    Tapi cukai lain? Cukai perkhidmatan, cukai tanah, bil air, bil elektrik? adakah ianya juga turut dikecualikan? dah tentu tidak bukan?

    Semuanya logik.

    BalasPadam
  3. Jgn lupa peluang pekerjaan dan usaha menarik tenaga profesional Malaysia yang bekerja di luar negara berkaitan bidang ini.

    Tak pernah terlintas ke di hati kita jika isu ini juga sebenarnya membabitkan Kerajaan China yg sememangnya ingin menguasai pasaran nadir bumi ini...cuma bezanya, nadir di bumi mereka tidak boleh dieksport..hanya utk kegunaan domestik. Dan Lynas, serta negara India yg melalui proses ketat mempunyai akses utk mengeksport hasil bumi ini..

    Adakah jika negara China yg akan buka kilang di Gebeng..adakah semuanya tetiba jadi halal? Pelik, sbb majoriti yg membantah rata-rata bangsa cina!

    Pelik, pakai baju anti Lynas, tp rokok di mulut. Tahukah mereka, racun rokok lebih bahaya dari nadir bumi ini? Tahukan mereka, kandungan radioaktif yg ada dlm badan sendiri lebih tinggi dari nadir bumi ini?Baik pakai baju anti diri sendiri!

    Ini hanya pendapat peribadi saya..

    BalasPadam
  4. setuju dengan Suara Pemuda...sambungan...

    1. Tahukah anda radioaktif yg dibebaskan oleh suami/isteri anda semasa tidur adalah lebih tinggi dari nadir bumi?

    2. Tahukah anda, lori yg membawa besi lusuh yg banyak lalu lalang di jalan raya adalah lebih bahaya radioaktifnya dari nadir bumi?

    hehehe.. tak percaya?? jom ramai2 buat demonstrasi mintak kerajaan siasat....

    BalasPadam
  5. jangan la cakap macam orang tak belajar kimia. radioaktif tidur la, lori besi la, aku baca rasa nak tergelak. gi bukak balik buku kimia tu, jangan suka hati tulis ayat2 tabloid.

    korang yg meletakkan ekonomi, peluang pekerjaan, pelaburan asing dan cukai lebih atas drp penjagaan alam sekitar ni memang betul2 materialistik. perompak pun pakai prinsip sama- untung yg penting, benda lain boleh tutup mata. apa la nak bangga sangat pelaburan asing tu, tau ke direct effect pada ekonomi negara? ada kilang toyota kat malaysia, kereta jadi murah ke?

    lagipun tak de lagi kebuluran beramai2 di gebeng sebab tak cukup peluang pekerjaan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping