Tengok pada gambar diatas. Salah satu sepanduk yang digunakan oleh puak - puak Anti-Lynas semalam semasa demonstrasi bantahan kehadiran IAEA di Hotel Hyatt, Kuantan.
Mereka mengajukan soalan ini kepada Syarikat pengeluar kenderaan terkemuka dunia iaitu Toyota Motor Corporation.
Ianya satu soalan bodoh yang sengaja diadakan oleh puak - puak yang terpengaruh dengan radiasi Si Fuziah 'Reaktor' ni.
Jawapannya dah tentu la Toyota akan beli hasil yang dikeluarkan oleh Lynas nanti. Malah bukan setakat Toyota sahaja, satu Jepun pasti akan membeli hasil logam nadir yang diproses tu.
Mengikut laporan yang disiarkan dalam New York Times, Jepun merupakan salah satu Negara yang paling banyak menggunakan hasil logam nadir ni untuk industri teknologi mereka.
Terutama sekali dalam bidang elektronik dan permotoran. Sebagai contoh, Toyota menggunakan hasil logam nadir ini untuk menghasilkan enjin kereta Hybrid mereka, Prius.
Turut dilaporkan bahawa Jepun sekarang memang tengah mencari sumber lain selain dari Negara China untuk mencukupkan bekalan bagi kegunaan mereka dimasa akan datang.
Malah Kerajaan Jepun juga telah meluluskan bajet yang dibentang pada bulan Oktober tahun lalu untuk menambah bekalan mereka.
Late last week, Japan’s trade minister, Akihiro Ohata, said he would ask the government to include a “rare earth strategy” in its supplementary budget for this year.
Jadi, dah tentu - tentu Toyota akan beli logam nadir atau Rare Earth yang akan dihasilkan oleh kilang Syarikat Lynas tu nanti.
Tak payah la susah - susah puak - puak Anti - Lynas tu nak tanya soalan bodoh macam ni. Jangan la nak menipu rakyat je kerjanya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.