Selasa, Mei 10, 2011

...Bukti Di Selangor Ada Hantu...Hehehe....

Malam - malam macam ni cerita hantu baru best. Nak pulak hantu yang belum mati macam Hantu Kak limah tu, ye tak. Lagi seramnya.

Hantu yang ni tengok muka pun dah boleh buat bulu roma kita berdiri tegak macam menyanyi lagu Negaraku. Macam mana la dia boleh jadi Timbalan Ketua PKR Selangor ni ye?

Kalau dah nama pun hantu, dia bercerita pun pasal hantu jugak. Kata Si Zuraida, UMNO ada konspirasi gelap 'mengimport' pengundi luar.


Dakwaan tu dibuat berdasarkan satu permohonan yang dihantar ke Pejabat Datuk Seri Hishamuddin untuk mendapatkan kelulusan bagi mengubah status 2,000 pekerja asing.

Kononnya, kata Si Mak Lampir ni, pekerja asing tu sekarang hanya memiliki status pemastautin tetap.

Tapi yang peliknya, dalam sidang media petang tadi, Si Zuraida ni kata permohonan itu diserahkan kepada agensi pekerja asing bagi mendapatkan pengesahan.

Dah kantoi berbelit. Sama ada laporan media tu yang tak betul atau Si Zuraida tu yang tak betul. Mana satu agaknya ye? 

Mula - mula dia, kata KDN yang terima permohonan, tapi permohonan diberi kepada agensi pekerja asing. Ni tak de kerja lain la ni. Nak menipu je kerjanya.

Lepas tu dia siap bagi pihak media salinan permohonan tersebut yang katanya diserahkan oleh seorang Pegawai Kakitangan Kerajaan kepada dia sebelum ini.

Dah kantoi pulak, kakitangan Kerajaan tu tak amanah. Patut perkara tu perlu diberi perhatian kerana Kakitangan Kerajaan tu jelas tidak beramanah dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab dia.

Tapi, tak boleh salahkan kakitangan Kerajaan tu jugak. Ini semua hasil didikan puak - puak Pembangkang tu sebenarnya yang mengajar mereka supaya jangan beramanah dalam melaksanakan tugas.

Tajuk laporan permohonan tu katanya berbunyi, "Pilihanraya Umum Ke 13 - Memerlukan Permohonan Mendapatkan Taraf Kerakyatan Bagi Kawasan Parlimen Hulu Selangor".

Kalau ye pun Mak lampir ni nak menipu orang, jangan la ingat semua orang ni bangang sangat macam dia. Tak agak - agak lansung nak menipu pun.

Tak de orang yang bongok sangat nak buat kerja bangang macam tu. Jelas sangat bodohnya orang tu kalau dia buat tajuk sedemikian rupa. Baik dia tulis je, 'Ini Adalah Rahsia. Hanya Orang Tertentu Sahaja Yang Boleh Baca'. 

Kalau ye pun nak menipu, biar la nampak realistik sikit. Jangan la buat cerita mengarut yang bukan - bukan. Jangan ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat macam diorang!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Itu saja la keje org PKR. Kelentong tak abis2. Dah namanya Parti Kelentong Rakyat... PKR & kelentong adalah kembar yg tak akan berpisah...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping