"....Hadeh!!! Pecah Dah Tembelang Aku!!!..."
Ini edisi khas yang Semut keluarkan bersempena dengan sambutan ulang tahun Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih dikenali sebagai UMNO.
Dah 65 tahun, UMNO menjadi teras serta nadi kepada pembangunan Negara sejak dari zaman penjajahan sehingga mencapai taraf seperti yang ada pada hari ini.
Terkini, macam - macam pihak mula mempertikaikan UMNO. Kata mereka UMNO kurop dan mengamalkan Politik Rasuah serta sebagainya.
Mari kita lihat semula, sejak bila UMNO dikaitkan dengan Politik Rasuah ni. Kalau dikaji, politik wang ini bermula sekitar tahun 1984, tiga tahun selepas Tun Dr. Mahathir memegang tampuk Presiden.
Sebelum tu, tak pernah lagi kita dengar perkara sedemikian berlaku dalam UMNO. Adakah ianya secara kebetulan? Adakah ianya kerana kesilapan Tun Dr. Mahathir pada ketika itu?
Jawapannya tidak. Wujudnya politik wang dalam UMNO adalah berpunca daripada permainan wayang Bapak Pandikutty ni jugak sebenarnya.
Kita kena ingat! Anwar pernah ditawarkan jawatan dalam PAS sebelum dia masuk UMNO. Malah dia pernah berjanji dengan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor untuk menyertai PAS.
Tapi selang dua hari selepas dia membuat perjanjian dan bai'ah itu, dia khianat dan masuk UMNO. Apa tujuannya dia masuk UMNO selepas dua hari dia buat bai'ah tu?
Tujuannya hanya satu, iaitu untuk menghancurkan UMNO dari dalam selain merampas kuasa daripada Tun Dr. Mahathir. Itulah tujuan utama Anwar Al - Juburi ni.
Perkara pertama yang Anwar buat ialah mencipta dua kelompok dalam UMNO. Satu Pro Wawasan dan satu lagi Pro Semangat 46.
Dua kelompok ini dicipta masa dia jadi Ketua Pemuda lagi. Jangan cakap la Anwar jadi Ketua Pemuda sebab terpengaruh dengan kebangkitan Islam. Itu semua wayang dia je sebenarnya.
Nak menunjukkan dia baik la kononnya. Kata dia, dia masuk UMNO untuk mengIslamisasikan UMNO dari dalam.
Itu alasan yang diguna untuk menyejukkan hati Al - Ustaz Fadhil Noor selepas dia belot. Adakah UMNO tak Islam sebelum dia masuk dan menjadi Ketua Pemuda?
Macam mana dia yang baru masuk UMNO dah boleh terus jadi Ketua Pemuda? Semuanya sebab permainan duit. Jadi yang mempelopori politik wang dalam UMNO ialah Anwar jugak sebenarnya.
Dalam percaturan dia, dia bahagikan UMNO kepada dua kumpulan. Kumpulan yang satu lagi tu, Pro S46 kalah dalam pemilihan tahun 1987. Pun sebab Anwar jugak.
Dalam team S46, semua dia letak orang kuat - kuat, termasuklah Tengku Razaliegh dan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Anwar cukup rapat dengan team ni. Sebab tu dia baik dengan kedua - dua tokoh tersebut sampai hari ini.
Tapi Anwar bijak menipu. Dia tak duduk dalam team S46. Sebaliknya dia duduk dalam Team Wawasan. Itu cara Anwar main politik. Sokong satu pihak, tapi dia duduk dalam satu pihak yang lain. Pihak yang dia rasa konfiden boleh menang.
Sebab itu dia belot pada PAS dan Ustaz Fadhil Noor kerana dia tahu, duduk dalam UMNO, dia boleh menang. Kalau duduk dalam PAS, belum tentu dia akan diberi peluang.
Jadi dalam team Wawasan dia letak orang yang lemah untuk dijadikan Timbalan Presiden, iaitu Allahyarham Tun Ghafar Baba.
Anwar tahu, kalau dia kekalkan Tan Sri Musa Hitam, susah pulak dia nak rampas jawatan tu nanti. Kalau dengan Pak Ghafar, senang sikit dia nak main wayang.
Pemilihan tahun 1990, Anwar mula tunjuk belang dia. Sekali lagi, dia khianat bai'ah yang telah dibuat dengan Allahyarham Pak Ghafar.
Dia pernah berjanji yang dia tidak akan bertanding menentang Pak Ghafar. Perkara ini disaksikan sendiri oleh anak saudara Pak Ghafar, iaitu Zahid Mat Arip.
Tapi, selang sehari selepas itu, dia umumkan dalam sidang media, kata dia nak bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden. Pencalonan dia melebihi Tun Ghafar.
Sampaikan masa di Kota Bharu, Tun Gahafar sedang duduk di tangga Pejabat UMNO Bahagian, Anwar datang dan menyatakan ini adalah pilihan ahli. Bukan salah dia, kononnya.
Seterusnya, dalam Perhimpunan Agung, Anwar dinobatkan sebagai Timbalan Presiden UMNO, menggantikan Tun Ghafar Baba. Macam mana dia boleh menang? Dengan duit jugak.
Jadi secara tak lansung, politik wang yang kuat berlegar - legar dalam UMNO hari ini adalah hasil jasa bakti yang ditaburkan oleh Si Ketua Penipu tu jugak sebenarnya.
Ingat! Anwar buat semua tu sebab Bai'ah dia dengan PAS. Tak mustahil dia sengaja buat perkara tersebut untuk menjejaskan imej UMNO. Dan perkara itulah yang sedang dilakukannya pada ketika ini.
Sekarang dia sibuk menentang politik wang kononnya. Kata dia ianya adalah amalan Politik Keji. Keji sebab apa? Sebab dia jugak yang buat. Dialah manusia musibat yang mencetuskan amalan tersebut.
Maka, sekarang tanya diri masing - masing. Adakah manusia yang keji seperti Bapak Pandikutty ni layak untuk jadi Perdana Menteri Malaysia? Jawapannya sudah TIDAK sama sekali!!! Mati hidup semula pun, Anwar takkan jadi Perdana Menteri Malaysia!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.