Isnin, Mei 02, 2011


Berita paling gempar hari ni dah tentunya mengenai kematian pejuang Syahid, Osama Bin Laden, pemimpin gerakan Al - Qaeda.

Pemimpin Al - Qaeda tu dikhabarkan terbunuh dalam peristiwa tembak - menembak melibatkan pihak Amerika Syarikat.

Pengumuman mengenai kematian Osama itu telah dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam satu sidang media hari ini.

Jenazah Osama yang menjadi buruna Amerika Syarikat lebih satu dekad lalu ditemui didalam sebuah rumah besar di Ibu Negara Pakistan.

Turut dilaporkan bahawa diantara empat orang yang ditemui dirumah tersebut termasuk anak lelaki kepada Osama.

Selama ini, Osama Bin Laden telah dikaitkan dengan tragedi 11 September yang menyaksikan keruntuhan World Trade Center di New York.

Serangan tersebut KONONnya dikaitkan dengan gerakan Al - Qaeda sehingga mengakibatkan peperangan di Negara Afganistan.

Walaupun tanpa sebarang bukti yang kukuh, Amerika tetap membuat pendirian bahawa pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan tersebut adalah Al - Qaeda yang diketuai oleh Osama Bin Laden.

Semua bukti yang ada telah di fabrikasikan oleh pihak Kerajaan Amerika agar seluruh rakyat dunia mempercayai dakyah pembohongan mereka itu.

Mereka jelas tidak mempunyai sebarang bukti diatas setiap dakwaan yang dibuat, namun disebabkan kekuatan mereka menipu, semua orang percaya cerita yang mereka buat.

Kaedah itu jugak la yang diaplikasikan oleh Anwar Ibrahim di Malaysia pada hari ini. Dia hanya menyebarkan dakyah pembohongan agar rakyat terpesong dari agenda sebenar.

Seperti isu kes liwat dan isu video seks yang dihadapainya ketika ini. Dia membuat dakwaan bahawa ianya adalah satu konspirasi dan fitnah jahat pihak tertentu terhadapnya.

Si Ketua Penipu itu juga tidak ada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan yang dibuat. Tetapi dia tetap menyebarkan fitnah agar rakyat bersimpati dengannya.

Tidak pernah sekali pun Anwar menyalahkan orang yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap dakwaan yang dihadapinya ketika ini. 

Yang dia hanya tau, ini semua kerja UMNO dan Barisan Nasional.Bila disuruh dia buktikan dakwaan dia terhadap UMNo dan BN, dia jelas GAGAL menjawabnya.

Dah jelas bahawa modus operandi Anwar ni sama dengan apa yang dibuat oleh pihak Amerika terhadap Osama Bin Laden.

Maknanya, kalau Amerika tu Bapak Penipu, Anwar ni Raja Kepada Semua Penipu dalam dunia. Manusia musibat ni memang tak boleh percaya. Apa tah lagi kalau nak jadi Perdana Menteri. Lagi la dia tak layak!!!

3 ulasan:

  1. Bukan pertama kami Osama nih meninggal, sejak 2001 lagi dah ade - http://www.foxnews.com/story/0,2933,41576,00.html

    BalasPadam
  2. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=182417028476657&set=a.180070175378009.54158.177379098980450&type=1&theater

    BalasPadam
  3. BETUI KE LIHAT PHOTO SUPERIMPOSE
    KAHKAHKAH
    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=182417028476657&set=a.180070175378009.54158.177379098980450&type=1&theater

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping