Ini la benda yang nak disembunyikan sangat oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu dari pengetahuan umum sebenarnya.
Perkara inilah yang hendak disorok oleh mereka agar ianya tidak menjadi pekung dimata rakyat. Tapi pekung dah bernanah, macam mana diorang nak sembunyikan lagi?
Hakikatnya jelas. Parti Kebangsaan Sarawak atau SNAP sudah berpatah arang dengan puak - puak Pakatan Pembangkang di Negeri tersebut.
Maka disebabkan mereka sudah bercerai rotan dengan Pakatan Haramjadah tu, Presiden SNAP telah menegaskan bahawa mereka tidak akan berdamai dengan mana - mana parti dalam Pakatan tersebut.
Mungkin SNAP sudah menyedari bahawa kesemua rakan komponen dalam Pakatan Pembangkang itu mempunyai agenda jahat masing - masing.
Puak - puak itu hanya sekadar menipu rakyat dengan menyatakan bahawa mereka memperjuangkan rakyat agar dapat memesongkan perhatian terhadap niat sebenar mereka.
SNAP mungkin beruntung kerana menyedari bahawa perjuangan Pakatan Pembangkang itu hanya demi kepentingan golongan tertentu sahaja. Bukan untuk rakyat secara keseluruhan.
Oleh sebab itu, tindakan yang diambil oleh SNAP adalah satu tindakan yang bijak. Mereka mungkin sudah dapat mencium bau hancing dalam Pakatan Haramjadah tu.
Apa, puak - puak Pakatan Pembangkang tu ingat senang - senang je ke diorang nak tipu rakyat? Ingat rakyat ni bodoh sangat ke macam diorang? Ceit!!! Pigidah!!!
agaknya Snap yang mewakili kaum kaum bumiputera Sarawak dah terbau yang PR nak pergunakan status Snap untuk agenda politik suatu kaum tertentu sahaja.
BalasPadam