Ini satu persoalan yang selalu ditanya oleh rakyat Malaysia mengenai Parti Kencing Rakyat ni. Dari mana diorang dapat duit?
Diorang kata, parti diorang tu takde dapat projek Kerajaan. gaji Ahli Parlimen pun diorang bagi semua pada rakyat. Jadi, dari mana datangnya duit diorang banyak - banyak?
Baru - baru ni, kita dengar cerita pasal bangunan Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya nak kena lelong.
Kata Bendahari PKR, bangunan tu nak dilelong sebab tuan punya bangunan tu tak bayar pinjaman dia dengan pihak bank. Jadi sebab itu la bangunan tu nak kena lelong.
Kenyataan tu dikeluarkan untuk menafikan spekulasi yang menyatakan bahawa PKR sebenarnya dah hampir bankrap sebab tak mampu nak bayar sewa bangunan tersebut.
Semua orang tahu bahawa kawasan Tropicana yang terletak di Petaling Jaya ni adalah sebuah kawasan penempatan mewah. Harga rumah pun sampai berjuta - juta.
Jadi Semut pelik jugak kalau PKR hanya bayar sewa sebanyak RM10ribu hingga RM20ribu sebulan bagi bangunan 4 tingkat. Macam mana diorang boleh dapat harga sewa tu?
Kalau nak dikirakan, sewa bangunan 4 tingkat dengan harga RM15ribu sebulan agak murah bagi sebuah kawasan seperti di Tropicana.
Lain la kalau diorang ada saham dalam pemilikan bangunan tersebut. Baru logik diorang boleh dapat sewa murah. Tapi diorang nafikan. Itu satu perkara yang pelik.
Kedua, dari mana datang duit untuk diorang bayar sewa tu? Kalau sewanya dalam RM15ribu sebulan, setahun dah RM180 ribu. Tu baru sewa, belum termasuk lain - lain lagi.
Takkan duit Parti Kencing Rakyat ni turun dari langit kot? Jadi, meh kita tanya diorang, dari mana diorang dapat duit? Berani tak diorang dedahkan mengenai sumber pendapat yang diperolehi dan berapa banyak yang diorang dapat? Jawap, jawap. Jangan tak jawap.
Ps: Klik Sini untuk pendedahan selanjutnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.