Ahad, Mei 01, 2011


Inilah masalahnya bila kita bercakap dengan orang yang mengaku diri mereka lebih cerdik dari orang lain. Semua yang orang lain buat, semua tak betul.

Yang betul diorang je sebab diorang mengaku kata diri diorang lebih bijak. Siapa yang mempertikaikan mengenai hubungan diantara DAPigs dan PAS ni tak dibenarkan dalam Islam?

Bila baca semula kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden sebuah parti yang memperjuangkan Islam, kita dapat lihat apa perjuangan mereka yang sebenarnya.

Kata Hadi Awang, kerjasama  PAS dalam Pakatan Pembangkang itu selama ini dibuat atas nama Tahluf Siyasi atau dikenali sebagai kerjasama Politik.

Kerjasama Politik ini dibenarkan dalam Islam dan tidak menggadaikan prinsip. Prinsip apa yang dipegang oleh puak - puak Parti Angguk Saja ni?

Itu persoalan utamanya. Bukankah dasar perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam dan menyebarkan Syiar Islam di Malaysia ini?

Atas sebab dasar perjuangan itulah, Semut masuk PAS dulu. Tapi apabila PAS sendiri menggadai perjuangan tersebut, maka sebab itu juga la Semut tinggalkan PAS dulu.

Dah jelas, PAS hanya mempergunakan Islam sebagai alat untuk perjuangan mereka. PAS gunakan Islam ikut apa yang mereka rasa betul. 

PAS tak ambik keseluruhan intipati perjuangan Islam, tapi mereka ambik apa yang menguntungkan mereka sahaja demi untuk menegakkan benang yang basah.

Itu satu kenyataan dan hakikat yang tak dapat disangkal oleh PAS. Jika tidak, mana mungkin Hadi Awang boleh keluar kenyataan seperti ini:
“Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan" - Haji Hadi Awang.
Dia bukan mempertikaikan UMNO tidak memperjuangkan dan memartabatkan Islam di Malaysia ni. Dia hanya menuntut royalti minyak semata - mata.

Yang paling memalukan ialah apabila soalan mengenai berapa ramai orang yang dah ditarbiahkan oleh PAS dalam Pakatan Pembangkang itu untuk menerima Islam tidak dapat dijawab.

Mereka hanya mengalihkan soalan tersebut kepada isu - isu yang tak masuk akal macam isu Royalti Minyak ni. PAS perjuangkan Islam atau perjuangkan duit royalti minyak?

Bagi lah apa alasan sekali pun, yang jelas dan nyata, PAS tidak memperjuangkan Islam sejak mereka bersama - sama dalam Pakatan Pembangkang.

Perpaduan Ummah ditolak. Yang pentingnya bagi mereka ialah dendam kesumat diantara segelintir pemimpin yang menjadi bahan utama dalam perjuangan mereka.

Apa kelebihan yang PAS miliki sepanjang mereka sertai Pakatan Pembangkang? Yang nampak jelasnya, mereka hanya jadi Pak Angguk Saja kepada setiap tindakan yang dibuat oleh DAPigs dan PKR.

Malah bila Si Ketua Penipu itu dibalun oleh segenap lapisan rakyat Malaysia, PAS hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh. 

PAS hanya buat bodoh bila DAPigs mempertikaikan hak orang Melayu Islam di Malaysia ni. Lagi PAS nak kata diorang memperjuangkan Islam? 

PAS tak mampu nak tolak hakikat bahawa mereka hanya diperalatkan oleh DAPigs untuk memecah belahkan orang Melayu Islam di Malaysia ini. 

Tapi hakikat itu jelas. Rakyat tolak PAS atas sebab itu sahaja. Sebab itu PAS GAGAL merebut sebarang kerusi dalam Pilihanraya Negeri Sarawak baru - baru ini.

Jangan la nak kelentong rakyat. Rakyat tak sebodoh itu nak terpedaya dengan permainan PAS yang menjadikan Islam sebagai alat dalam kepentingan Politik mereka!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. bila puak komunis ajak join,terus setuju.Bila parti seagama ajak join,tak nak lepas tu hina pulak..ape sebenarnya yg pas mahukan..
    Link sini

    BalasPadam
  2. PAS memang parti yang bodoh lagi sombong dalam pakatan. Selama ini tidak manpak pun keuntongan dalam pakatan, malah jadi kuda tongangan memang ada dan nampak jelas. Kalau tidak terdaya untok menegakkan Islam dalam perjuangan politik..jangan sekali-kali gunakan Islam.
    PAS....parti politik.
    ISLAM ....ugama.
    Kedua-dua nya (Islam dan PAS) tidak akan bersatu dan selalu bercerai, kerana bodoh dan sombong nya PAS.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping