Fuh!!! Mencabar jugak jadi blogger ni rupanya ye? Tak sangka pulak Semut bahawa dengan hanya menulis sebaris dua ayat sampai ada tahap kena ugut.
Tapi itu lah realiti yang sebenarnya. Bak kata peribahasa, Mata Pena Lagi Tajam Dari Mata Pedang ye tak?
Kalau dikaji balik, berapa banyak pulak tamadun manusia yang bangkit dan jatuh kerana bahan tulisan. Banyak sampai tak terkira rasanya.
Tapi takkan la sampai diugut oleh gengster kot? Macam mana boleh sampai ke tahap itu? Ini dah tentu kes serius ni, bukan main - main.
Kalau dah sampai tahap tu, maknanya hasil tulisan blogger ni ada jugak la kesannya pada manusia yang ada disekeliling kita ni ye?
Sampai diugut macam ni, dah tentu ada benda yang tak kena. Adakah pendedahan yang dibuat tu benar atau sebaliknya?
Namun, itulah risiko yang perlu dihadapi untuk menegakkan perkara yang benar. Tak kira la apa pun rintangan yang datang sekali pun. Berani Kerana Benar. Itu yang penting.
Kalau nak tau kisah selanjutnya, kat link dibawah. Semut setakat ni tak de lagi la sampai tahap kena ugut. Maklum la, blogger nyamuk la kata kan. Hehehe...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.