Heboh cerita pasal ADUN Subang Jaya, Si Hannah Yeoh tu dengan kes bangsa anak dia. Mulanya, Semut malas jugak nak komen pasal isu ni.
Bukan sebab apa. Kalau komen pun buat mengabihkan masa je. Nama diorang pemimpin, tapi perangai macam budak sekolah tadika. Benda kecik macam tu, saja je dia nak besar - besarkan.
Kalau nak dijadikan bahan pertikaian, kenapa baru sekarang diorang nak mempersoalkan pasal bangsa seseorang anak yang baru dilahirkan tu?
ke baru sekarang yang diorang sedar perkahwinan campur ni memang wujud dikalangan rakyat Malaysia? Habis selama ni, diorang buta ke?
Bila kena batang hidung sendiri, baru la nak menegakkan kebenaran konon. Pemimpin rakyat menja kejadahnya kalau macam tu?
Yang Si Hannah Yeoh tu bising - bising sangat pasal bangsa anak dia kenapa? Sampai beria - ia nak salahkan Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya.
Dah lama sangat dah rasanya peraturan tu diguna-pakai dalam Malaysia ni. Itu pun dia tak puas hati jugak ke? Apa yang pentingnya bangsa anak dia tu?
Wah! Kalau sebelum ni, bukan main lagi tuduh UMNO memperjuangkan satu bangsa sahaja kononnya. Parti perkauman kononnya kata diorang.
Habis, yang dia bising - bising nak mempertikaikan pasal bangsa anak dia ni menda ke tengkoraknya??? Lepas tu, ada hati pulak nak cipta bangsa baru konon.
Kenapa dengan pendaftaran bangsa anak dia sebelum ni? Apa yang dia tak puas hati? Adakah sebab bangsa anak dia tu dipilih mengikut bangsa bapa atau dia nak anak tu ikut bangsa dia?
ke dia bercakar kat rumah sebab buntu nak menentukan bangsa anak dia tu? Buat malu je la jadi pemimpin macam ni kalau benda kecik tu pun tak boleh nak selesai.
Ni bukan apa. Saja la nak buat isu konon. Lagi pun dia kerja hapa pun tak buat. Jadi, guna la anak sebagai peluang untuk menjual nama sendiri. Macam la orang tak tau. Kalau dah bangsa bongok tu, bongok la jugak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.