Rabu, Jun 01, 2011


Hehehe... Berguling - guling Semut ketawa bila baca artikel yang disiarkan oleh Blog Seluar Dalam Lelaki ni semalam. 

(Oppss! Lupa pulak. Iklan Jual Seluar Dalam Lelaki tu dia dah buang ye. Jangan tak tau pulak. Mungkin dia dah malu la tu agaknya. Hehehe...)

Mungkin penulis blog tu tak sedar yang dia dah berjaya dengan cemerlangnya 'mengantoi'kan Si Fuziah 'Reaktor' tu dengan konco - konconya.
Tajuk artikel tu pun dah menjelaskan bahawa puak - puak Anti-Lynas ni sebenarnya buat kerja bodoh dan mengabihkan masa je sebenarnya.

Mereka jugak yang buat tuntut sebelum ni agar satu panel bebas diwujudkan bagi mengkaji tahap keselamatan kilang Lynas tu sebelum ianya dibenarkan beroperasi.

Bila Kerajaan dah lantik panel daripada IAEA untuk melaksanakan tugas tu, diorang jugak yang bantah. Tak ke kerja bodoh namanya tu?

Persoalan yang ditimbulkan oleh penulis blog tu pun boleh tahan jugak bangangnya. Dia mempertikaikan, siapakah yang membiayai panel IAEA tu? Adakah ianya pihak Kerajaan?

Konon, dia nak menimbulkan rasa syak dikalangan rakyat bahawa keputusan yang bakal dibuat oleh panel tu nanti akan jadi berat sebelah kerana ianya dibiayai oleh Kerajaan.

Persoalan yang sama jugak boleh diajukan kepada penulis tu. Adakah ianya dibiayai oleh pihak Pembangkang? Dari mana mereka dapat duit?

Padahal MB Pahang awal - awal dah jelaskan hari tu dalam Sidang Dewan. Pihak Syarikat Lynas yang akan membiayai kos panel IAEA tu untuk mendapatkan pandangan mereka.

Tindakan tersebut diambil oleh pihak Kerajaan sebagai jalan tengah agar keputusan yang akan dibuat oleh nanti adil untuk semua pihak.

Tapi mungkin la Si penulis blog ni tak tahu sebab wakil dia dalam dewan masa tu tengah nyenyak tido. Itu pasal la dia main bedal ikut suka dia je.

Lagi pun pihak panel IAEA tu sendiri pun dah jelaskan bahawa mereka hadir hanya untuk melaksanakan tugas yang telah diberi. Mereka tidak terikat dengan mana - mana pihak.

Apa untungnya pulak kalau diorang memihak kepada sesiapa dalam isu ni? Bukan ke penulis blog tu jugak yang tulis, diorang bukan tinggal kat sini pun. Jadi, menda jadah pulak diorang nak menyebelahi mana - mana pihak?

Percaya lah. Walau apa pun keputusan panel IAEA tu nanti, puak - puak Anti Lynas ni tetap takkan berpuas hati. Maka sebab tu la diorang bantah dari awal - awal lagi. 

Tu bukan sebab apa. Sekurang - kurangnya, diorang ada peluang untuk terus menimbulkan kekecohan dimasa akan datang. Macam la orang tak tau taktik diorang ye tak? Menipu rakyat je kerjanya!!!

Ps: Dah la dia kantoikan Si Fuziah, kantoi pulak curi gambar orang. Musibat betul Penjual Seluar Dalam Lelaki ni ye.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. diorang tahu ke IAEA tu apa? tarak baca punya orang.... rakyat jepun skrang ni pun dah tahu sebut sebab asyik guna nippon go... bagero....banzai....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping