Rabu, Jun 01, 2011


Hah! Semalam beria - ia sangatkan wartawan mangkuk ayun dari Malaysiakini tu nak tau keputusan mengenai kajian panel IAEA tu.

Sibuk diorang tuduh pihak Kerajaan tak serius untuk mendedahkan kaputusan laporan tersebut kononnya.

Meh sini. Semut bagitau keputusan yang akan dibuat oleh pihak IAEA tu nanti. Tak payah dah diorang sibuk nak ke hulu atau ke hilir mencari keputusan tersebut.

Dalam taklimat yang diberikan kepada wakil Kerajaan Negeri hari Isnin lepas, Dr. Tero Varjoranta selaku Ketua Panel tu kata pihak mereka akan menjalankan tugas secara profesional.


Kajian yang dijalankan akan merangkumi 2 aspek penting iaitu Standard Keselamatan dan Kadar Radiasi yang akan dihasilkan oleh kilang memproses logam nadir tu nanti.

Standard keselamatan ini digunapakai sebagai satu standard antarabangsa. Maknanya, semua Negara yang ada kilang memproses logam nadir ni kena ikut standard yang sama.

Sejak 5 tahun yang lalu, lebih daripada 250 kajian telah dijalankan oleh pasukan panel IAEA ni diseluruh Negara.

Namun, kehadiran mereka bukanlah untuk memberi keputusan sama ada kilang tersebut dibenarkan beroperasi atau tidak. 

Apa yang mereka akan berikan ialah satu garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pihak Lynas dan juga perlu dipantau oleh pihak Kerajaan.

Maknanya, sekiranya kilang Lynas tu masih nak beroperasi, diorang kena ikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak IAEA ni. 

Kalau diorang tak ikut, maka terpulang la kepada pihak Kerajaan sama ada nak arahkan diorang tutup atau tidak kilang tersebut.

Itu lah hasil keputusan yang akan dibuat oleh pihak IAEA tu nanti. Jadi secara tak lansung, kerja puak - puak Anti Lynas tu sebenarnya adalah satu kerja yang sia - sia sahaja.

Kerja diorang macam anjing menyalak bukit. Bukit tak runtuh, suara je habis. Buat mengabihkan masa je. Lepas tu tipu rakyat sana sini. Perjuangan menda jadahnya entah.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. orang yang mula berbaris nak minta kerja kat lynas nanti adalah anak beranak yang pi protes lynas. tak percaya, tengoklah nanti. depa protes pasal nak bagi gaji tinggi jer. kalu juruteknik pun dapat 3 4 k sebulan, pengurus pengarah berapa beb. yang pakai songkok putih hijau keliling pun pi minta. lain kali sediakan tempat minta kerja kat lynas masa depa buat demo. ramai berbaris bila tengok gaji ...

    BalasPadam
  2. Harga Barang dijangka meningkat tetapi tidak membebankan Pengundi BN.
    KUALA LUMPUR: Harga barang dijangka melambung berikutan keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan pengguna menanggung beban.

    Pensyarah kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UitM), Dr Baayah Baba berkata golongan berpendapatan rendah akan merasa kesan kenaikan tarif berkenaan.

    “Ini kerana kos pengeluaran akan meningkat, terutama di kilang yang menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana mereka menggunakan elektrik melebihi 300 kilowat sejam (kWj),” katanya dilapor Sinar Harian hari ini.


    Justeru katanya, pengilang terpaksa menanggung bebas kos pengeluaran yang meningkat dan akhirnya kos tersebut akan dipindahkan kepada pengguna.

    Sementara Pensyarah Ekonomi Pusat pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin pula berkata kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan negara berdepan inflasi.

    “Inflasi adalah isu yang serius hingga boleh menimbulkan krisis jika tidak dibendung. Ini kerana rakyat terpaksa menaggung beban apabila semua barang akan meningkat secara automatik selepas ini,”

    “kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tarif elektrik sekarang kerana kenaikan harga barang akan memberi tekanan kepada rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah,” ujarnya dipetik berkata.

    Semalam, pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata harga makanan dijangka akan turut meningkat seiring dengan pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik.

    Ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia itu berkata ia berikutan industri pengeluaran makanan di negara ini menggunakan sebahagian besar tenaga eletrik bagi tujuan pengeluaran.

    “Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,” katanya seperti di lapor Malaysiakini.

    Kerajaan membuat keputusan menaikkan tarif elektrik sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kW sejam daripada 31.31 sen kW sejam, berkuatkuasa 1 Jun.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping