Ok. Meh kita sambung balik cerita pasal Lynas ni. Tadi cerita pasal Si Anugay tu hanya selingan sahaja. Mengisi masa lapang. lagi pun, tak sah kalau tak balun Si Ketua Penipu tu.
Selagi ada la panel IAEA kat Kuantan Pahang, selagi itu la Semut akan dedahkan maklumat mengenai isu tersebut.
Bukan apa. Sebab puak - puak Pembangkang tu dah banyak diberi peluang sebelum ni. Tapi diorang tetap jugak nak memutar belitkan fakta dan menipu rakyat. Itu je la kerja diorang pun.
Dalam laporan Malaysiakini hari ni, diorang mempertikaikan mengenai laporan dari pihak Persatuan Perubatan Malaysia atau dikenali sebagai MMA.
Laporan tersebut menyatakan bahawa Gebeng tidak 100% bebas daripada radiasi. Ahli Panel IAEA menjelaskan bahawa ianya adalah sukar untuk mencapai tahap thorium sifar.
Namun, panel IAEA tu jugak mengesahkan bahawa saranan mereka kepada Lynas adalah untuk mengekalkan tahap radiasi itu diperingkat paling maksimum.
Haduyai! Mana ada benda dalam dunia ni yang boleh capai tahap 100%. Jangan la buat laporan setakat nak memperngaruhi rakyat semata - mata.
Boleh ke tidak kita nak kata bahawa udara yang kita sedut hari - hari adalah 100% bersih dan tidak mengandungi sebarang radiasi atau pencemaran? Dah tentu tak boleh.
Itu satu soalan. Soalan seterusnya, adakah air yang kita minum setiap hari juga boleh dipastikan yang ianya 100% bersih? Ianya adalah mustahil.
Nampak sangat laporan yang dibuat oleh pihak Malaysiakini tu hanya nak menghangatkan lagi sentimen dikalangan rakyat bahawa kilang tu tetap mengeluarkan radiasi.
Dah jelas sangat laporan yang dibuat tu semata - mata nak menambahkan huru hara sahaja. Bukan nak membantu menyelesaikan masalah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.