Ni satu lagi fakta yang sering dibutakan oleh puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang selalu mendabik dada kata diorang memperjuangkan Islam.
Tapi ternyata bahawa bukan semua prinsip - prinsip dalam Islam tu telah dilaksanakan oleh PAS selama 57 tahun tersebut ditubuhkan.
Bila ada pihak yang membangkitkan isu ini, diorang nampak gayanya sengaja mengalih perhatian rakyat daripada memberi pandangan mengenainya.
Sebaliknya, puak - puak PAS ni hanya memutarbelitkan isu yang sedia ada. Kalau nak harapkan PAS menjelaskannya kepada rakyat mengenai perkara ini, jauh sama sekali.
Isunya mengenai Perpaduan Ummah. Kenapa PAS sentiasa menolak isu ini daripada ianya dibahaskan walhal, Perpaduan Ummah ni menjadi tuntutan utama dalam Islam?
Apa yang dinyatakan oleh Zulkifli Nordin ni ada wajarnya difikirkan semula. Adakah ini petanda akhir zaman dimana Perpaduan Ummah itu menjadi seperti buih - buih dilautan?
Siapa yang memecah belahkan ikatan Ukhwah sesama umat Islam ini? Adakah puak - puak Kafir atau umat Islam sendiri?
Kalau ye pun nak berpolitik, jangan la sampai jadi Jumud dengan pemikiran yang sempit. Nak menegakkan agama, Perpaduan Ummah tu kena kuat. Baru Islam tu jadi kuat. Tapi kalau setakat bercakap je, baik tak payah. Mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.