Inilah sifat sebenar yang wujud dikalangan puak - puak Pakatan Pembangang ni sebenarnya. Diorang bila dah buat salah mana nak mengaku. Dah kencing tengah jalan, jangan harap la diorang nak mengaku, ye tak.
Nak - nak kalau benda yang berlaku tu menampakkan kebongokkan dan kebodohan mereka sendiri. Jadi macam - macam cara la yang akan diorang buat untuk menyembunyikan perkara tersebut.
Dan kemungkinan mereka beria - ia sangat menyokong perhimpunan Bersih 2.0 tu adalah untuk menyembunyikan isu yang sedang melanda Pakatan Pembangkang pada ketika ini sebenarnya.
Kalau kita tengok secara luaran, memang tak ada apa - apa. Semuannya baik. Semuanya 'Anjal' belaka bak kata mereka. Tapi, air yang tenang, jangan disangka arusnya perlahan.
Dari atasnya mungkin jernih dan bersih. Tapi hakikat didasarnya penuh keladak. Penuh dengan taik dan hampas belaka. Pakatan yang disangka utuh, hanya wayang mereka semata - mata.
Hubungan sesama mereka pada ketika ini ibarat retak menanti belah. Semuanya sudah jelas. Semuanya sudah terang. Takkan yang terang tu masih jugak nak kita suluh? Jangan jadi bodoh.
Kalau hubungan mereka baik, tak mungkin PAS sanggup nak bertanding dikawasan yang majoritinya kurang orang Melayu Islam, sedangkan mereka dah tahu mereka pasti akan kalah sekirannya perkara itu benar - benar terlaksana.
Kat kawasan yang majoriti Melayu Islam pun mereka jelas ditolak, inikan pula dikawasan yang kurang jumlah orang Islammnya. Tak ke bodoh cadangan tersebut kalau difikirkan secara logik? Hilang akal ke apa?
Kalau hubungan mreka baik, tak mungkin DAPigs awal - awal umumkan bahawa mereka akan turut mencalonkan ahli Melayu dalam Pilihan Raya akan datang yang menjadi ahli parti Ultra Chauvinis tersebut.
Tujuannya jelas. Mereka hendak ahli mereka itu diangkat menjadi Menteri Besar bagi mengelakkan konflik yang pernah berlaku sebelum ini. Dengan cara ini, mereka tidak lagi perlu bergantung kepada orang lain.
Sebagai contoh di Perak dimana percubaan mereka menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan GAGAL mempertahanan Kerajaan Negeri tersebut daripada dirampas oleh Barisan Nasional. Maka sebab itulah mereka hendak meletakkan calon mereka sendiri.
Ini menunjukkan bahawa DAPigs ni jelas dah hilang kepercayaan sepenuhnya terhadap PAS. Mereka sudah sedar bahawa PAS ni memang tak boleh diharapkan sangat.
Dan, kalau la hubungan diantara komponen Pakatan Pembangkang ni baik, apa Tengkoraknya PKR awal - awal lagi dah umumkan jumlah kerusi dan kawasan yang akan ditandingi oleh mereka?
Nampak sangat PKR tak nak pisang berbuah dua kali. Mereka jelas tidak mahu insiden seperti di Piihan Raya Sarawak tempoh hari berulang kembali dimana mereka jelas membuka pekung didada sendiri.
Maka untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku, sebab itulah mereka awal - awal umumkan perkara tersebut supaya ianya tidak disanggah atau dibantah oleh komponen lain.
Dah tak dapat dielakkan lagi. Pakatan Pembangkang kini sedang dilanda masalah dalaman yang cukup serius. Dan kesemptan inilah yang perlu diambil untuk mengajar mereka secukup - cukupnya. Jangan bagi peluang. Kalau bukan sekarang, bila lagi!!!
Published with Blogger-droid v1.7.2
rasa2 gitu lah kini......mln nurul dtg ceramah kat sg besar selangor...puak2 PAS cabut semua bendera yg di pasang dgn PKR dan DAP...ada masaalah kottt...
BalasPadam