Jumaat, Jun 10, 2011


Hah! Ini berita media jangan 'chan' kepada puak - puak Pakatan Pembangkang nak larikan topik. Kalau boleh balun, balun kasi 'kaw - kaw' punya.

Tembelang mereka dah pecah, kita lunyaikan cukup - cukup. Pekung mereka tu biar berbau satu Malaysia. Kalau boleh, biar satu dunia ni kecoh.

Jangan jadi macam kes di Sarawak hari tu. Terus lenyap kisah perbalahan diantara DAPigs dengan PKR kat sana. Semuanya akibat berebut kuasa. Tapi itu pun diorang tak nak mengaku.

Kali ni, pertikaian mengenai PKR ni dah mula merebak ke Sabah pulak. Dalam sibuk - sibuk PKR menubuhkan pasukan 'merisik' untuk meminang SAPP, rupanya ada lagi cerita lain yang lagi panas!!!

PAS katanya akan tetap bertanding dan sanggup berhadapan dengan PKR dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

Kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohamad Abdullah menyatakan bahawa PAS tidak puas hati lansung dengan PKR yang disifatkan sebagai ego dan tidak mahu mengalah.

Malah, tokoh veteran PAS itu turut memberi amaran keras kepada PKR bahawa calon mereka akan tetap ditentang dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

Menurut Mohamad, rundingan mengenai pembahagian kerusi di Sabah akan gagal sekira PKR terus menunjukkan sifat TAMAK dan EGO mereka kelak.
“PKR parti yang sombong dan bercita-cita terlalu besar, sedangkan mereka tidak ada penyokong di Sabah. PKR mahu bertanding semua kerusi termasuk kerusi PAS. Mereka tidak sedar tiada ahli hingga tiada pekerja jentera Pilihanraya."  - Mohamad Abdullah, Pesuruhjaya PAS Sabah.
Baru ini dia nak sedar yang PKR ni tamak dan gila kuasa? Alahai! Apa la malang sangat nasib PAS Sabah ni ye? Baru jatuh katil gamaknya diorang ni.

Diorang tak tengok ke macam mana tamaknya PKR ni di Sarawak tempoh hari sampaikan parti tempatan, SNAP pun dipinggirkan? 

Takkan itu pun diorang tak boleh ambik ikhtibar dan jadikan panduan dari perkara tersebut? Dah terang - terang dah yang puak - puak PKR ni memang gila kuasa. 

Tapi diorang berkawan jugak dengan orang gila tu pasal apa? Yang diorang percaya sangat kenapa? Sedar - sedar la. Nama pun Parti Kencing Rakyat. Sekarang dah hancing, baru nak sedar diri? Baru Padan Muka!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping