Jumaat, Jun 10, 2011


Ni la masalahnya bila kita terima maklumat yang salah. Macam - macam la benda yang boleh disalah tafsirkan. Nak pulak kalau kita dapat cerita separuh masak je.

Maka mula la kita buat andaian yang bukan - bukan. Tak kira la setinggi mana pun ilmu yang kita ada, kalau maklumat yang kita terima tak jelas, penyudahnya membodohkan diri sendiri je nanti.

Macam Dr. Mohd Asri ni. Dia kata UMNO memperlihatkan hipokrasi apabila menjadikan isu Negara Kebajikan yang 'baru' dilaungkan PAS tu sebagai satu pertikaian.
Hakikat sebenarnya, bukan konsep Negara Kebajikan itu yang hendak dipertikaikan. Soalanya kenapa 'baru' sekarang? 

Dah 57 kali Mukhtamar diadakan, baru ini PAS nak buat Negara Kebajikan, kenapa? Kenapa tidak dari dulu lagi mereka memperjuangkan konsep Negara Kebajikan ni?

Kenapa selepas mereka membuat Pakatan Haram dengan DAPigs, baru itulah mereka nak menumpukan kepada kebajikan rakyat? Adakah selama ini, PAS yang teguh berdiri sendirian tidak ambik berat lansung dengan soal kebajikan ni?

Yang turut menjadi persoalannya ialah, kenapa mereka gugurkan perjuangan Negara Islam dan menyatakan bahawa ianya tidak termaktub dalam Al - Qur'an?

Kenapa dulu, mereka mati - matian mengecam UMNO kerana menentang konsep Negara Islam dan melabel mereka sebagai Kafir kerana menentangnya?

Tapi sekarang, mereka sendiri yang berubah pendirian tersebut, padahal ianya masih lagi termaktub dalam Perlembagaan parti. Tak pelik ke?

Dengan tindakan mengugurkan konsep Negara Islam tu, rakyat Malaysia dapat merasakan bahawa PAS ni memang cakap tak serupa bikin. 

Perjuangan mereka selama ini memang sah dah jauh menyimpang dan ianya diakui sendiri oleh mereka. Jadi, jangan salahkan rakyat jika mereka terus menolak PAS selepas ni.

Sepatutnya, Dr. MAZA selidik dulu apa yang menjadi bahan pertikaian ni sebenarnya sebelum mengeluarkan apa - apa kenyataan. 

Dia sepatutnya ajukan soalan tersebut kepada PAS dan mendapatkan penjelasan dari mereka. Bukan terus membuat dakwaan yang sebarangan!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Disni aku akan kisahkan apa yg akan bakal berlaku di atas moto BERKEBAJIKAN, 1.Rakyat di bawah pemerintahan PR sudah boleh mula menyatakan dan meminta apa yg dikehendaki oleh mereka, penambahan subsidi minyak,gula, tepung dan lain2 barang terkawal oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat setelah subsidi diberi oleh kerajaan BN maknanya di setiap negeri pakatan Rakyat akan mendapat harga yg murah dengan penambahan tersebut, cthnya:minyak Ron 95 RM1.90 maka negeri Pakatan Rakyat harus menambah RM0.20 bagi setiap liter maka harga akan manjdai RM1.70 seliter. 2. Kewujudan Biasiswa tambahan dari kerajaan negeri untuk pelajar2 yg belajar di luar negeri dgn kenaikan 20% dari peruntukkan biasa. 3. Subsidi eletrik ditambah sebanyak RM0.30 setiap bayaran bil bermula dari RM 10 dan seterusnya, 4. Tol di setiap sempadan masuk ke negeri2 di bawah PR akan disubsidikan sebanyak RM0.20 bagi setiap 1 KM. 5. Penambahan pencen anggota kakitangan awam di negeri2 pemerintahan PR sebanyak RM 200 ke atas pencen yg sedia ada 6. Tanah2 rezab dapat diusahakan oleh bumiputera sehingga 5 thn sebelum ditukar kepada hak milik si pengusaha tanah tersebut 7. Cukai tanah dikurangkan sebanyak 15% 8. Bagi Ibu2 Tunggal dan OKU yg brdaftar akan dibayar elaun sara diri RM300 tidak termasuk bantuan kebajikan masyarakat kiranya ada yg mendapat bantuan tersebut 9. Rakyat akan mendapat subsidi bantuan bagi setiap penyakit2 kronik sebanyak RM 10 ke atas bayaran di hospital swasta setiap rm100 10. Setiap rumah2 orang2 tua atau anak2 yatim dikecualikan membayar bil2 eletrik dan air… INI BARU DIKATAKAN DASAR BERKEBAJIKAN di harap semua rakyat dah boleh minta terus kepada pemimpin atasan melalui wakil2 rakyat PR

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama 12.04pm...
    Bersetuju sangat dgn pendapat dan cadangan tuan diatas. Kita tgk negeri berkebajikan dulu di negeri2 yg diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kalau mereka boleh laksanakan perkara diatas sebyk 50% cadangan tuan tu pun dh kita baik.

    Kita nak dengar juga berita2 kebajikan yg PR boleh bagi.Kalau direalisasikan baru le boleh nak sokong PR. Jangan cakap je dah le.Semua pemimpin boleh cakap, budak tahun 6 pun boleh cakap.....BUKTIKAN LE HJ HADI....

    BalasPadam
  3. buktikan dulu jgn bila sampai masanya habis bergolok bergadai,tebang hutan sampai botak, korek pasir sampai ada yg bunuh diri, menang sorak negara tergadai..

    BalasPadam
  4. sudah 20 tahun nik ajis perintah...hud entah ke mana kebajikan entah ke mana?...ulamak politik yang penipu...patutlah ramai rakyat klate cari makan kat negeri lain...kat negeri sendiri ...wah hebat pemerintah jaga kebajikan

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping