Wah!!! Ini satu perkembangan yang menarik. Sejak diorang GUGURkan perjuangan Negara Islam, macam - macam benda dah diorang buat.
Hari tu diorang mengaku kata perjuangan Negara Islam tu tak termaktub dalam Al - Qur'an. Ianya bukan satu tuntutan katanya.
Maka sebab itulah mereka nak memperjuangkan Negara Kebajikan pulak sekarang ni. Dalam ertikata lain, selama 56 tahun PAS ditubuhkan, mereka ternyata hidup dalam kesesatan.
Dan mereka jugak nak nyatakan bahawa pemimpin - pemimpin PAS yang terdahulu sudah menyesatkan mereka dengan memperjuangkan Negara Islam.
Maka untuk 'meluruskan' jalan yang sesat itu, mereka akan menubuhkan satu panel khas perlaksana yang akan memperincikan konsep Negara Kebajikan itu.
Pembentukan panel khas itu telah diputuskan dalam satu mesyuarat yang telah diadakan petang semalam. Pembentukan panel itu juga akan turut menghasilkan 'Buku Hijau'.
Kata Si Din Pudu, yang juga merupakan ketua panel tersebut, panel itu akan memperincikan konsep Negara Berkebajikan untuk dijelaskan kepada rakyat dalam waktu terdekat.
Panel kahs itu akan mengadakan mesyuarat pertama mereka pada hari Isnin akan datang untuk membincangkan konsep Negara Kebajikan yang diketengahkan oleh Presiden PAS sewaktu Mukhtamar PAS yang lalu.
Dengan adanya 'Buku Hijau' itu nanti, memang sah la puak - puak PAS ni sebenarnya tak yakin dengan isi kanduangan 'Buku Jing'gay' yang disepakati oleh Pakatan Pembangkang.
Mereka jelas menolak apa yang termaktub didalam buku itu dengan membuat buku baru khusus untuk diri mereka sahaja.
Kalau tidak, menda kejadah pulak diorang sibuk - sibuk nak buat Buku Hijau ni? Apa, isi kandungan Buku Jing'Gay' tu tak de tulis ke yang diorang nak jaga kebajikan rakyat sampai terpaksa PAS buat Buku Hijau?
Dah nampak sangat yang diorang ni sebenarnya mempunyai agenda yang berbeza diantara satu sama lain. Sesama diorang pun tak bersepakat untuk menjaga kebajikan rakyat.
Nak berpakat membangunkan Negara macam mana kalau masing - masing ada buku lain - lain? Itu bukan nak membangunkan Negara namanya. Itu nak menjahanamkan Negara!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.