Huh! Memang jenis manusia yang tak sedar diri betul la puak - puak Pakatan Pembangkang ni kan? Ada hati nak membetulkan sistem orang lain.
Padahal sistem yang dibuat oleh diorang sendiri pun GAGAL, ada hati lagi nak perbetulkan sistem orang lain konon.
Hari tu, Pemilihan PKR. Dah terang - terang dah diorang GAGAL dalam mengadakan pilihanraya peringkat parti tu dengan adil dan bersih.
Kalau ianya adil dan bersih, apa kejadahnya ahli - ahli buat aduan dan laporan terhadap pemilihan yang diadakan?
Sampai ada pihak yang buat dakwaan bahawa pemilihan tu ada campur tangan secara lansung daripada Si Ketua Penipu tu sendiri.
Sehingga hari ini, kepimpinan PKR masih lagi belum dapat menjelaskan mengenai aduan dan laporan tersebut sama ada kepada rakyat mahupun kepada ahli - ahli mereka sendiri.
Kena pulak bawak Si Sam Ketot dan Chegubard tu ke luar Negara untuk menyelesaikan masalah yang ada. Siap diorang 'offer' lagi kat Chegubard jawatan Timbalan Setiausaha lagi.
Itu ke yang diorang kata pemilihan yang adil dan bersih dengan menyogok pangkat dan jawatan kepada orang yang buat aduan? Itu Keadilan Kepala Tengkorak diorang!!!
Dah nampak sangat yang diorang ni memang tak layak nak membetulkan sistem Pilihanraya yang sedia ada kerana sistem diorang sendiri pun terbukti GAGAL.
Terbaru, Pilihanraya Masjid yang kononnya nak diadakan di Pulau Pinang tu pun telah menemui KEGAGALAN kerana tak dapat perkenan daripada Yang DiPertuan Agong.
KUALA LUMPUR: Pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 di Pulau Pinang yang menggunakan kaedah pilihan raya dibatalkan.
Perkara ini dinyatakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria, kepada Berita Harian sebentar tadi.
Ellias dihubungi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara pagi ini.
Buat benda tak masuk akal, memang la GAGAL. Dah tak pasal - pasal je buat malu muka. Itu pun ada hati lagi diorang nak buat Perhimpunan Bersih?
Ceit!!! Pigidah!!! Tak sedar diri punya manusia. Baik pergi balik 'repair' dulu sistem sendiri la woi! Jangan nak sibuk - sibuk 'repair' kesilapan orang lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.