Wah! Sejak diorang ubah dasar perjuangan dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan ni, semua benda pun diorang tolak juga ye?
Sampaikan kebebasan media pun diorang tolak jugak. Bukan ke Kebebasan Media ni merupakan diantara perjuangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu?
Habis, kalau ianya merupakan diantara perjuangan Pakatan Pembangkang, kenapa PAS tolak hak kebebasan media tu?
Semua kerana satu karikatur yang kononnya didakwa menghina Islam yang telah disiarkan oleh pihak Utusan sebelum ini.
Maka, disebabkan karikatur tu la, PAS Kelantan semalam mengeluarkan arahan tidak membenarkan Utusan untuk membuat liputan dalam mana - mana majlis Menteri Besar dan sidang DUN yang akan datang.
Kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, tindakan itu akan berterusan sehingga akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur tersebut.
Itu kata mereka. Tapi kalau tengok pada gambar ni, macam Nik Aziz tak setuju je dengan tindakan yang diambil oleh puak - puak PAS ni.
Tapi kalau difikirkan semula, pandai pulak diorang suruh orang lain mintak maaf sebab kesalahan orang lain ye? Kalau salah sendiri, kenapa diorang tak nak buat?
Berapa banyak dah PAS buat kesalahan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya, tapi kenapa sampai sekarang diorang tak de pun mintak maaf?
Yang pertama dan kesalahan paling besar ialah menipu rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa perjuangan Negara Islam adalah tuntutan kepada agama.
Tapi lepas tu diorang sendiri yang kata, perjuangan tu tidak ada ditulis dalam Al - Qur'an. Tak ke menipu namanya tu?
Yang kedua, kenapa sampai hari ini, mereka masih tidak memohon maaf kepada seluruh ahli PAS dan juga rakyat Malaysia kerana telah mengabaikan kebajikan masyarakat?
Kenapa baru sekarang diorang nak jaga kebajikan masyarakat tu sedangkan ianya menjadi tuntutan dalam Islam sejak dari dulu lagi?
Yang ketiga, PAS perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana ada dikalangan pemimpinnya yang buta agama dan menyebarkan Politik Fitnah.
Terutama sekali Mat Sabun, Timbalan Presiden PAS tu yang dah banyak kali menabur Fitnah terhadap orang lain. Tapi kenapa PAS masih mengampunkan dia dan menjadikan dia pemimpin Nombor 2 parti tersebut?
Jangan la salah orang lain je yang diorang nampak. Padahal, salah sendiri pun bersepah - sepah lagi. Tapi kalau dah jenis tak sedar diri, nak buat macam mana. Dasar musibat, memang dah tak boleh ubah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.