Semut mungkin dapat memahami perasaan Datuk Dr. Hassan Ali pada ketika ini. Dia mesti menyesal tak sudah ikut sangat cakap PKR selama hari ini.
Sekarang, dia terpaksa menanggung malu apabila parti yang didokong dan dipertahankan selama hari ini telah membuang dia keluar.
Kini, Hassan Ali dah jadi barang Reject Shop. Taukey Kedai Reject yang dimiliki oleh Karpal ini mungkin sedang ketawa besar. Terutama sekali Si Khalid Gereja.
Selama ni, dia memang nak sangat Datuk Dr. Hassan Ali disingkirkan dari menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.
Semut pun hairan. Kenapa tidak ada dikalang Pemuda - Pemuda PAS yang membantah keputusan ini sedangkan Datuk Dr. Hassan Ali dah lama pegang jawatan tu?
Kenapa dia dibuang? Adakah sebab dia tak reti buat kerja? Atau dia terlalu takut untuk ambik tindakan yang tegas?
Sebenarnya, Datuk Dr. Hassan Ali ni adalah merupakan diantara aktivis yang sangat cenderung ke arah penerimaan Perpaduan Ummah.
Nak pulak dia menjadi jambatan bagi PAS untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO sebelum ini. Sebab itu la dia kena pancas awal - awal.
Yang tak dinafikan, mereka yang tersingkir dari terus memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri ini adalah mereka yang tak sehaluan dengan PKR.
Dan yang paling penting, mereka tidak menjadi 'Jaga Bontot' Si Anugay tu. Sebab kalau diteliti betul - betul, semuanya pernah mempertikaikan Anugay dan PKR sebelum ini.
Terutama sekali Harun Taib dan Muhammad Abdullah yang sebelum ni lantang bersuara mengenai isu - isu semasa yanga da kaitan dengan PKR.
Jadi, dah semakin jelas. PAS memang menolak Kepimpinan Ulama dengantindakan terbaru yang diambil ini. Tak payah la diorang nak cakap pasal Islam lepas ni. Sebab kalau diorang cakap pun, tak serupa bikin. Munafik, mana boleh percaya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.