Artikel ni adalah bahagian kedua daripada artikel yang telah Semut siarkan minggu lepas. Kalau sapa - sapa tak baca lagi artikel tu, sila klik sini.
Kalau boleh, baca artikel tu dulu sebelum meneruskan hasrat untuk membaca artikel ni. Bukan apa. Semut takut nanti korang 'meraban' pulak tak tentu arah nanti.
Sambungan cerita mengenai pengembara dengan anaknya tu ialah, apabila mereka membuang semua beban yang ada diatas Keldai mereka, maka mereka tetap meneruskan perjalanan.
Pada mulanya, mereka sangka dah tak de siapa yang akan memberi sebarang pandangan mengenai apa yang mereka lakukan. Jadi sampai la anak - beranak tu di sebuah kampung.
Apabila masuk je dalam kampung tu, semua orang pandang sinis kepada mereka. Kata orang kampung tu, "Apa la bodoh sangat anak beranak ni. Ada Keldai, tak nak naik."
Maka, disebabkan pandangan itu begitu sinis dan menjadi buah mulut seluruh penduduk Kampung, maka anak - beranak tu pun naik la Keldai tu dan keluar dari kampung tersebut.
Mereka meneruskan perjalanan sampai ke sebuah kampung lagi. Apabila mereka masuk je dalam kampung tu, orang kampung tu pun mula berkata,
"Kejam betul anak beranak ni. Ada ke dua - dua sekali naik keldai tu? Tak kesian ke diorang dengan keldai tersebut? Ini dah menyiksa binatang namanya."
Dah ditegur sedemikian, maka Si Ayah pun turun dan membiarkan anaknya duduk diatas keldai. Mereka pun meneruskan perjalanan.
Sampai pulak disebuah kampung lagi. Jangan ingat orang kampung ni pun tak de pandangan negatif. Orang kampung tu pun ada jugak pandangan sinis mereka sendiri yang berbunyi;
"Tak guna punya anak. Ada ke dia biarkan ayah dia jalan kaki sedangkan dia sorang diri menunggang keldai. Tak menghormati orang tua lansung."
Maka si anak pun turun dan si Ayah pula naik menunggang Keldai tu sampai di kampung yang seterusnya. Sekali lagi mereka dikecam oleh segelintir penduduk kampung tu;
"Ish! Kejam betul si ayah tu. Sanggup dia tengok anak dia berjalan kaki sedangkan dia enak duduk diatas keldai. Apa nak jadi dengan dunia ni?"
Dah tak tahan dengan apa yang dikatakan oleh penduduk kampung tersebut, sampai dihujung kampung, anak - beranak tu pun membuang pula Keldai tersebut.
Itu pun orang akan bercakap; "Apa la bodoh sangat diorang tu. Elok - elok ada keldai, di buangnya pulak."
Moral kepada kisah ini ialah walau apa pun yang dibuat oleh orang, pasti ada orang yang yang tidak akan bersetuju. Tapi kalau setakat diorang pendamkan sendiri tak pe.
Dibuatnya, mereka hasut pulak seluruh kampung, maka habis la satu kampung tu pun tak setuju. Tapi siapa yang akan rugi nanti?
Itu la kerja puak - puak Pakatan Pembangkan ni sebenarnya. Mereka hanya tahu nak menipu dan memberi pandangan Negatif sahaja terhadap Kerajaan.
Nak mengharapkan diorang bagi cadangan dan pandangan ke arah penambah-baikan? Jangan harap la!!! Semuanya tipu belaka. Kalau bagi pun hanya semata - mata nak dapat nama je. Bukan ikhlas sangat pun!!!
Salam. Tak payah nak puaskan hati orang lain. Puaskan hati sendiri dulu.
BalasPadam