Inilah masalah dalam dunia hiburan. Bila nak kahwin, berbelanja besar - besaran. Bila bercerai pun, sampai nak runtuh langit dibuatnya.
Bukan Semut je yang cakap macam tu. Rasanya semua orang pun mempunyai pendapat yang sama dengan Semut. Nak pulak bila cerita pasal Si Abby Abadi ni.
Ingat lagi. Masa timbul kes Si Norman yang dikatakan 'berkhalwat' dengan artis baru yang bernama Memey tu, riuh satu Malaysia.
Macam - macam tuduhan dia buat terhadap Norman. Tapi sekarang, bila Mahkamah gugurkan dakwaan berkhalwat tu, dia nak kata apa pulak?
KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza 'menerima' hadiah perkahwinan dua bulan lebih awal, apabila mereka dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat, yang dihadapi sejak tiga tahun lalu.Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim membuat keputusan itu pada Jumaat, tanpa mendengar pembelaan mereka, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.Norman dan Memey yang hadir bersama di mahkamah pada pukul 9.30 pagi, mengakui bahawa mereka agak emosional semasa mendengar penghakiman tersebut menyebabkan mereka menangis.Pasangan yang akan diijabkabulkan pada 24 September ini, juga tidak putus-putus melafazkan ucapan syukur manakala Norman segera ke surau berhampiran untuk menunaikan solat sujud syukur sebelum ditemubual oleh wartawan."Alhamdulillah, saya tidak mampu untuk berkata-kata. Tiga tahun kami berdepan dengan situasi ini dan hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang kami rasakan," kata Norman.Memey yang memakai baju kurung dan berselendang ungu yang mengambil masa untuk menenangkan diri pula memberitahu, keputusan tersebut adalah berita yang paling dinanti-nantikannya."Ini adalah berita yang sangat gembira buat saya di saat-saat saya mahu mendirikan rumah tangga. Segala dugaan yang saya hadapi telah berakhir," katanya dalam nada yang agak tersekat-sekat menahan sebak.
Semut bukan nak sokong sangat Si Norman tu. Tapi dakwaan yang dia buat sebelum tu agak melampau. Biar la sistem kehakiman je yang selesaikan masalah.
Tak payah la sibuk - sibuk nak buat cerita yang bukan - bukan. Macam Si Ketua Penipu tu la. Dia kata semua dakwaan yang dibuat terhadap dia semuanya fitnah belaka.
Riuh satu Malaysia dia cerita pasal semua orang buat fitnah dan spekulasi serta berkonspirasi terhadap dia. Sengaja nak menjatuhkan maruah dia KONON.
Tapi, bila didesak untuk dia ambik tindakan, dia tak berani pulak. Kenapa dia tak nak ambik tindakan? Takut? Kalau takut, baik kerat dia punya kasi anjing makan la!!!
aku x suka abby..aku suka memey..memey comel hehehe
BalasPadam