Sabtu, Julai 30, 2011


Kalau kita ingat balik reaksi Si Joe Bedul ni sewaktu menonton video seks 'Pemimpin Kanan Pakatan Pembangkang' nampak macam dah 'biasa'.

Rupanya, ada sebab yang tertentu. Dia memang dah 'biasa' dengan keadaan macam tu sebenarnya. Kalau tidak, takkan la rakyat dikawasan dia kecewa sampai macam ni.

SUNGAI PETANI 29 Julai – Para penduduk di bandar ini kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.

Menurut mereka, antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah di Taman Sejati Indah, Bandar Puteri Jaya, Taman Nilam, Taman Ria, Taman Aman Jaya dan Taman Arked.

Seorang penduduk, Samsudin Abdul Kadir, 61, dari Taman Desa Meranti, berkata, sebelum memerintah negeri ini, Pas begitu lantang menyuarakan isu-isu berkaitan pusat hiburan dan rumah urut.

“Namun lain pula jadinya. Apabila memerintah, mereka tidak memainkan peranan sepatutnya malah seolah-olah merestui kewujudan aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Jalali Karim, 57, dari Taman Semarak berkata, penduduk juga melahirkan rasa kesal kerana kegiatan tersebut makin berleluasa dan tidak dibendung secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah.

“Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum meluluskan permohonan lesen pusat hiburan atau rumah urut,” katanya.

Bagi Jalali, penambahan pusat hiburan dan rumah urut menyebabkan masalah sosial semakin melarat di negeri ini, khususnya di Sungai Petani.

“Memang kita berasa malu apabila orang mengatakan Sungai Petani kini menjadi ‘sarang’ perbuatan negatif. Lebih sakit hati bila pihak penguat kuasa tidak mengambil tindakan tegas menangani masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Padang Temusu, Abdul Aziz Abdullah, 46, mendakwa, pusat hiburan termasuk mesin kuda juga dikesan bertambah dalam taman perumahan tertentu di daerah Kuala Muda.

“Pengunjung nampaknya tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke pusat hiburan seperti itu kerana ia dibenarkan beroperasi secara sah oleh kerajaan negeri,” katanya.
Nampak sangat la, dia memang tak tau nak jaga kawasan sendiri. Yang dia taunya buat video dan poyo macam P. Ramlee. Ada hati nak jadi P. Ramlee KONON, tak malu.

Jadi tak pelik la bila Kerajaan Negeri Kedah nak buat larangan mengenai pusat hiburan masa bulan Ramadhan ni, puak - puak DAPigs tu semua naik angin.

Rupanya, banyak pihak yang terlibat. Entah - entah, Si Joe Bedul ni pun ada 'saham' dia dalam pusat hiburan tu kot? Mana la tau. Dia kan Ahli Parlimen kawasan tersebut?

Habis, apa tindakan yang akan dia ambil untuk menangani masalah ni? Berpeluk tubuh dan biarkan saja? 

Kalau macam tu, lepas ni tak payah la pengundi dikawasan Sungai Petani pilih dia lagi. Dah nampak sangat yang dia ni tak tau buat kerja. Menipu rakyat dan jadi 'Jaga Bontot' Si Anugay boleh la!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Kedah kenalah buat byk tpt urut...sbb nak maintain supply...mana tau kalau org sebrang sempadan nak kan bekalan tak payahlah gi jauh-jauh..dilevery dr Sungai Petani berapa minit jer...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping