"Apa Lagi Aku Nak Buat Lepas Ni Ye???" |
Semut selalu tanya soalan ni; Apa Lagi Yang Si Anugay Ni Tau Buat Selain Menipu? Hari ini dah ada jawapan kepada persoalan tersebut.
Selain menipu rakyat dengan cerita - cerita rekaan, dia jugak tahu menyusahkan orang. Dari dulu sampai la dah tua bangka, kerja dia asyik menyusahkan orang je.
Dulu, dalam UMNO dia menyusahkan orang dengan buat kumpulan - kumpulan tertentu, Sekarang, dia turut menyusahkan orang dengan agenda - agenda yang bukan - bukan.
Walaupun dia dinobatkan menjadi Ketua Penipu kepada sekalian Penipu Rakyat dalam Pakatan Pembangkang tu, dia juga turut menyusahkan diorang.
KUALA LUMPUR 25 Julai - Pas dan DAP kini dilihat berada dalam dilema untuk meneruskan kerjasama ekoran 'orang tengah' yang bertanggungjawab dalam penyatuan dua parti terbabit iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjadi liabiliti kepada pembangkang.
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, walaupun dua parti berkenaan tahu bahawa Anwar adalah satu beban, namun mereka tetap memerlukan Ketua Pembangkang itu.
"Dari segi apa yang telah berlaku dan sedang berlaku, Anwar adalah liabiliti kepada pembangkang. Tetapi pembangkang dalam dilema. Mereka masih memerlukan Anwar. Itu dilema mereka.
Mereka tahu, dia (Anwar) adalah satu bebanan. Tetapi mereka memerlukan Anwar kerana hanya Anwar yang boleh menyatukan Pas dan DAP. Kerana pada DAP, sekiranya mereka menjalinkan hubungan terus dengan Pas, sudah tentu anggota-anggota mereka tidak terima.
"Begitu juga dengan Pas. Dengan DAP, mungkin mesejnya lain dan dengan Pas pula, mesejnya lain. Sebab itu, kedua-dua pihak perlukannya. Lagipun, kelebihan Anwar kerana pidatonya, dia boleh memikat orang ramai,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh blog AIDC yang disiarkan menerusi blog tersebut, http://www.anwaraidc.com.
Hah!!! Memang sah la Si Anugay ni suka menyusahkan orang. Kerja dia tak de lain, asyik menipu je kerjanya!!! Memang sial la dia ni!!!
Cuma yang peliknya, walau pun dah terbukti bahawa Si Anugay ni suka menyusahkan orang dan kuat menipu, orang masih jugak percaya cakap dia.
Dan tambah pelik, orang bergantung sangat kepada apa yang dikatakan. Macam dah jadi 'Nabi' pulak Si Anugay ni. Semua benda yang dia cakap betul belaka KONONnya.
Tapi, nak buat macam mana lagi ye tak. Kalau yang percaya kat Anugay ni semuanya otak letak kat lutut. Itu pasal la diorang sembah sangat dia ni!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.