Semut tak tau nak kata apa melainkan ucapan terima kasih kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ni.
Terima kasih kerana dia sedar keadaan rakyat sekarang ni memang tengah senak perut dengan pihak Astro sebenarnya.
Keprihatinan Datuk Seri Dr. Rais Yatim terhadap bebanan rakyat ini memang seharusnya dipuji dan dijadikan ikhtibar kepada seluruh pemimpin lain.
He who knows how to walk the talk. Itu kata orang putih la. Dalam bahasa lainnya, dia tahu buat kerja. Bukan la dia tau bercakap je.
Bukan la macam sesetengah pemimpin tu. Setakat bercakap je pandai, tapi buat kerja tak reti apa guna ye tak? Tak habis - habis dok bagi amaran je kerjanya.
Yang sorang lagi tu pulak, cakap taks erupa bikin. Minggu ni kata tak naik, minggu depan umum naik pulak. Buat menyusahkan orang.
Jangan Si Rais ni pun jadi macam diorang jugak sudah la. Kalau boleh, jangan di bagi lansung Astro naikkan tarif perkhidmatan diorang tu.
Dan memang patut pun Astro disekat dari menaikkan tarif perkhidmatan sesuka hati diorang je tanpa mempedulikan pandangan rakyat.
Maka campurtangan dari pihak Kerajaan ni memang sangat - sangat penting. Nak pulak pada ketika Negara sedang menuju ke arah Negara maju.
Bukan apa. Supaya syarikat gergasi macam Astro ni tau yang diorang tu masih lagi tertakluk kepada undang - undang Negara. Bukan diorang boleh buat sesuka hati diorang je.
Nak naik tarif perkhidmatan apa kejadahnya lagi? Kalau perkhidmatan yang diberikan tu bagus tak pe jugak. Ini tidak. Lebih kurang sama je dengan siaran TV biasa.
Apa, Astro ni tak sedar ke yang diorang tu dibayar oleh pengguna? Dan yang pastinya, pengguna bukan bayar nak tengok iklan rancangan yang diorang akan siarkan.
Pelanggan bukan bayar untuk melihat semua saluran yang ada dalam perkhidmatan mereka. Apa yang pelanggan bayar, itu la yang diorang nak tengok.
Yang Astro bantai tayangkan jugak saluran yang tak dilanggan dek pengguna tu buat apa? Buat mengabihkan masa je. Saja nak panjangkan iklan?
Sedar la sikit. Pengguna ada hak bila diorang bayar. Jangan suka - suka hati je nak naikkan tarif. Kan tak pasal - pasal je dah kena tindakan oleh SKMM. Hah! Padan La Dengan Muka Diorang!!!
Biasalah orang berniaga mestilah nak buat keuntungan, jadi kerajaan perlulah keluarkan lagi lesen saperti ini supaya ada persaingan, jika ada persaingan rakyat juga mendapat keuntungan.
BalasPadamastro sejak akhir ni banyak merapu..banyak keluar filem lama yang tak berkualiti..cerita entah apa apa.
BalasPadam