Selasa, Julai 26, 2011


Memandangkan rakyat Malaysia masih bercerita mengenai isu Bersih ni, elok Semut paparkan beberapa soalan yang pernah Semut ajukan kepada mereka dulu.

Soalan - soalan ini ditanya sewaktu Semut berinteraksi dengan mereka sama ada secara 'online' atau pun bersua muka. Diantara soalan - soalan yang ditanya:

Soalan: Kenapa perlu adanya perhimpunan? Bagi menyatakan sokongan terhadap tuntutan yang dibuat oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.

Soalan: Kenapa tidak guna kaedah bermusyawarah? Sebab SPR tak nak berunding pun kata mereka. Tahun 2007 hari tu pun diorang tak nak berunding.

Soalan: Bila SPR buka pintu rundingan, kenapa diorang tolak? Sebab dah terlambat kata mereka.

Soalan: Macam mana pulak boleh kata terlambat sedangkan tarikh perhimpunan belum tiba? - Tiada Jawapan -

Ini soalan selepas Ambiga pergi mengadap Yang DiPertuan Agong bagi menjelaskan tuntutan Bersih:

Soalan: Kenapa tak serahkan memorandum ketika jumpa YDP Agong? Sebab memo tu nak serah pada 9 Julai bersama - sama dengan rakyat.

Soalan: Kenapa perhimpunan tu diorang nak buat di Stadium Merdeka dan tidak di Stadium lain? - Tiada Jawapan - 

Soalan: Kenapa tak buat di Stadium Shah Alam sedangkan Menteri Besar Selangor dah bagi kebenaran? - Tiada Jawapan -

Namun, mereka masih berdegil nak berhimpun di Stadium Merdeka. Maka soalan berikut ditanya selepas perhimpunan tersebut:

Soalan: Dimana nak berhimpun? Di Stadium Merdeka.

Soalan: Kalau nak berhimpun di Stadium Merdeka, kenapa perlu berkumpul di KL Sentral, Jalan Pudu, Masjid Negara dan Dataran Merdeka? - Tiada Jawapan -

Soalan: Bukan ke sebelum ni Ambiga sendiri kata tidak ada perarakan di jalan raya yang akan dibuat? - Tiada Jawapan - 

Soalan: Adakah memorandum tuntutan Bersih sudah dihantar kepada Yang DiPertuan Agong? - Tiada Jawapan -

Soalan: Kenapa memorandum tersebut tidak dihantar kepada Yang DiPertuan Agong? Jawapan daripada JK Pemandu Bersih: Memorandum belum siap.

Daripada soalan - soalan ini sahaja, kita boleh lihat motif sebenar puak - puak yang menyertai perhimpunan Bersih ni. Diorang bukan nak menyokong tuntutan tu sangat. 

Saja nak buat huru - hara je sebenarnya. Semuanya nak menyusahkan orang. Macam dah tak de kerja lain!!!

Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. najib kasi dorang wat kt stadium.sbb tu ambiga ckp street rally tu cancel.tapi permintaan utk wat kt stadium gagal.apa ni najib?kamu ke PM saya?putar sana belit sini?kejap boleh kejap tak boleh?

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama 6:14 - Memang la DS Najib cakap boleh buat di stadium. Tapi dia ada cakap ke kat Stadium Merdeka? Tak de kan?

    Kenapa tak nak buat di stadium Shah Alam, padahal Menteri Besar dah bagi kelulusan?

    BalasPadam
  3. Bila di tanya, nkorang cadang berapa ramai berhimpun?..dia jawab 300,000

    Tanya di tanya berapa kapasiti stadium merdeka? mereka diam

    Memang dia orang sajer nak buat huru hara.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping