Sabtu, Julai 30, 2011


Fuh!!! Kalau dah dasar penipu tu memang penipu la. Memang kita pun dah tak boleh nak kata apa dah sebenarnya.

Tapi, disebabkan dia dah kantoi tahap Omega dengan seluruh rakyat Malaysia, maka sebab itu la dia cuba nak tutup Kemaluan dia dengan buat sidang media hari ni.

Kalau baca tajuk dalam Malaysiakini, Si Shuhardi ni kata dia tak bersembunyi. Maka selayaknya ayat dia tu disambung supaya ianya jadi satu ayat lengkap.

"Saya tak bersembunyi, cuma saya menipu je." Itu la ayat lengkap yang sewajarnya disambung bila kita baca tajuk utama dalam laman portal Pro Pembangkang tu.

Lepas tu dia kata ada dikalangan blogger - blogger yang datang meminta maaf kerana mengeluarkan gambar dia bagi menggantikan Allahyarham Baharudin.
"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.
Wah!!! Blogger tu dah mintak maaf. Yang dia bila pulak nak mintak maaf dengan keluarga Allahyarham tu? Dia dah banyak dosa dengan mereka.

Yang dia menipu seluruh rakyat Malaysia sebelum ni dengan berpura - pura mati sewaktu perhimpunan tu, bila pulak dia nak mintak maaf???

Bukan setakat itu je. Dia boleh salahkan Polis pulak kerana tidak memberi perhatian. Sepatutnya, pihak Polis menumpukan perhatian siasatan terhadap blogger yang terlibat.

Maknanya, dia nak suruh pihak Polis ambik tindakan terhadap blogger - blogger yang mula - mula menyiarkan gambar dia untuk menggantikan kisah tentang Allahyarham.

Dalam erti kata lain, dia nak kata blogger yang keluarkan kenyataan mengelirukan mengenai diri dia tu menipu. Maka sebab itulah pihak Polis perlu membuat siasatan terhadap mereka.

Jadi, apa kata, dia ambik tindakan. Saman blogger - blogger yang mula - mula keluarkan isu tu terlebih dahulu untuk mengelirukan rakyat. 

Hah! tunggu apa lagi. Kata nak sangat pihak Polis tumpukan perhatian terhadap blogger - blogger ni. Jadi, ambik la tindakan. Buat la laporan Polis. Takkan dia setakat pandai cakap je kot? Kalau menipu, pandai la dia. Maklum la, Penipu Rakyat!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping