Memang itulah hakikat sebenarnya. Bulan Ramadhan ini juga dianggap sebagai Penghulu Segala Bulan. Maka kedatangan bulan Ramadhan ini memang sangat dinanti - nantikan.
Tatkala tibanya bulan yang mulia ini, kisah mengenai Si Ahsraf ini benar - benar membawa cahaya keinsafan dalam diri.
Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai tindakan Si Ahsraf tu nak minta ditukarkan namanya kepada nama wanita kerana dia dah tukar jantina dengan membuat pembedahan.
Bukan tujuan Semut nak memburuk - burukkan dia. Tapi ianya sebagai pedoman buat kita semua agar kita berfikir sebelum kita bertindak.
Apa yang bermain dalam kepala Semut tatkala mendengar mengenai kisah beliau tengahari tadi, hanya satu perkara sahaja yang bermain difikiran.
Bagaimana agaknya keadaan beliau dialam barzakh pada ketika ini? Nak tulis persoalan tu pun Semut dah ketar tangan. Inikan pulak nak memikirkannya.
Maka sesungguhnya Allah telah jadikan manusia ini dengan seadil - adilnya. Hanya Allah sahaja yang tahu mengenai alam yang manusia tidak mengetahui.
Apa yang mampu kita lakukan hanyalah berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas Roh Mohd Ahsraf Bin Abd Aziz ini dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin, Ya Rabbil Alamin.
apa la org UMNO ni. biar la dia nak tukar nama. kan tu hak kebebasan seseorang. mcm dlm PAS. jika nak berzina ke, mendua kan tuhan ke, kan itu hak individu. asal jgn ikut UMNO dah la.
BalasPadam