Isnin, Julai 04, 2011


Artikel ini adalah pandangan peribadi Semut. Macam Semut kata dalam Disclaimer, blog Semut ini tidak ada kaitan dengan mana - mana pihak.

Semut tulis sebab Semut rasa Semut perlu tulis. Bukan ada sesiapa suruh. Jadi memang betul dah apa yang Semut tulis dalam Disclaimer tu.

Semut tulis sebab ianya perlu kerana terlalu banyak pembohongan dan penipuan yang dilakukan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang selama hari ini.

Memang tak de siapa pun yang suruh Semut menulis blog ni. Tak de pihak pun dari mana parti Politik yang boleh buat pengakuan bahawa blog Semut ini adalah blog mereka.

Tak pernah seposen pun Semut mintak dari mana - mana pemimpin Politik untuk membuat penulisan didalam blog ni. Tak macam ada sesetengah pihak tu.

Dengan Pakatan Pembangkang pun dia mintak, dengan Barisan Nasional pun dia mintak jugak. Tapi buat kerjanya, Haram!!! Duit ambik, kerja tak buat.

Namun itu bukan persoalannya. Yang menjadi persoalan di kepala Semut ialah mengenai tahap kesedaran orang UMNO terhadap kepentingan Media tu sendiri.

Mereka ni masih lagi kurang jelas dengan peranan dan kuasa yang ada pada media. Maka sebab itu kita kurang melihat mereka bergiat aktif dalam aplikasi media ni.

Nak kata mereka tak tahu, tak mustahil sebab dah terlalu banyak bukti yang menunjukkan fungsi Media menjadi senjata utama dalam kempen Pilihan Raya.

Malah mereka sendiri mengakui bahawa kemenangan Barack Obama juga turut dipengaruhi oleh penggunaan media.

Yang Semut kesalnya, mereka masih buat - buat tak tahu. Ada pihak yang masih buta kayu dalam penggunaan media ni secara efektif.

Dan dalam senarai Jentera Pilihan Raya mereka juga, cabang Media ni lansung tak diwujudkan. Kenapa perkara ini masih berlaku?

Mungkin sebab inilah Datuk Seri Najib mahu adakan tranformasi dalam UMNO tu sendiri. Menggantikan yang 'lama' dengan yang 'baru'. Memang sudah tiba masanya pun.

Sedar la sikit. Orang lain semua dah bergerak ke hadapan. Tapi kenapa mereka masih nak kekal dibelakang? Orang lain perang dah pakai pistol, yang kita nak pakai tangan kosong lagi apa kejadahnya???
Categories: ,

9 ulasan:

  1. Betul kate SM tu.. tapi aku ni nak buat blog pun tak reti, terjah je ruang2 komen ni boleh le.

    BalasPadam
  2. Semut hitam,teruskan perjuangan anda,walaupun aku juga orang Umno aku cukup faham dgn setengah orang Umno, mereka rasa mereka cukup pandai tetapi hasilnya ciput lebih2 lagi JKK(P)walaupun nasihat& pandangan kita tepat mereka buat indah x indah saja, depa takut kita lebih popular dari depa pada hal kita bagi pandangan yg ikhlas demi pati & orang melayu.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama 2:29 - Sekurang - kurangnya tau jugak bukak blog.

    Ini nak bukak CD pun tak tau, Pendrive pun tak pernah dengar. Lagi haru...

    BalasPadam
  4. Betul tu semut hitam,memang depa buta kayu, dah lah x mahu pembaharuan yang depa tahu bodek & asyuk projek saja sebab itulah 5 Negeri jatuh ketangan pembangkang,tu pun masih x sedar2 lagi.

    BalasPadam
  5. semut, dlm setiap jentera pilihanraya peringkat parlimen, ada portfolio unit perang siber, itu yg AS tau..

    BalasPadam
  6. kepimpinan melalui teladan...'tak gitu'..?

    mmg 'bersepah' org yg takde maruah...juai maruah...bla bla bla...

    yang susah dan payah nak 'jumpa' ialah org yang jelas dan faham tentang erti perjuangan.....apatah lagi yang konsisten....ikhlas ni lagi lah payah2 beno...macam 'semut hitam di atas batu hitam yang gelap gelita'....'tak gitu'..?

    apapun...apabila suatu kepimpinan diterajui dengan org yang ada 'integriti'..bla bla bla...suker 'spot check' untuk melihat sendiri 'kebenaran' dan 'laporan' yang diberikan....adalah sesuatu yang susah untuk ditemui...apatah lagi dengan jadual yang padat...mempertahankan negara....melebarkan peluang ekonomi...mengeratkan persahabatan bersama teman seperjuangan....dan dalam masa yang sama perlu sentiasa bersedia dengan 'penentangan' oleh anasir2 jahat yang sentiasa mencari peluang dan ruang untuk 'menjatuhkan' tiap satu usaha yang telah dan sedang diusahakan....

    biaq pi dengan depa yang seangkatan dengan pembangkang durjana....

    pada yang sedar dan faham....pelihara lah iman terhadap Allah S.W.T yang Maha Esa.....dalam berjuang juga berdoa semoga...yang BENAR kan tetap BERDIRI bersama mereka yang BENAR....yang Bathil kan jatuh menyembah ke bumi....insyaAllah...

    wallahu'alam...

    BalasPadam
  7. Inilah penyakit dalam UMNO. Pandangan orang-orang biasa macam kita ini langsung tak diambil pusing. Mereka ingat mereka dalam parti UMNO mereka tahu semua. Walhal penulis-penulis blog dan warga yang celik berblog dan membaca blog ini lebih panjang jangkauan dan lebih memahami detik dan nadi rakyat.

    BalasPadam
  8. AS: Dalam buku memang ada. Tapi dalam perlaksanaannya yang tak ada.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping