Ahad, Julai 31, 2011


Ya!!! Kemungkinan besar itulah yang sedang dirasai oleh Presiden PAS mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Malah Semut dapat cerita yang menyatakan bahawa ada dikalangan ahli - ahli PAS sendiri yang tidak puas hati dengan tindakan tersebut.

Kata mereka, kenapa nak bagi Ku Li jadi Ketua Pembangkang sedangkan beliau masih lagi merupakan ahli UMNO? Apa kurangnya Tuan Guru Haji Hadi?

Adakah beliau tidak layak untuk menjadi Ketua Pakatan Pembangkang? Itulah diantara soalan yang ditimbulkan oleh mereka.

Semuanya gara - gara cadangan puak - puak Pakatan Pembangkang tu yang mempelawa YBM Tengku Razaleigh untuk jadi Ketua Pembangkang baru - baru ini.

Maka, dah nampak dah wujudnya kepincangan dan kecelaruan dalam hubungan 'Anjal' mereka selama hari ini. 
KUALA LUMPUR 30 Julai - Tindakan mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah memegang jawatan Ketua Pembangkang membuktikan gabungan pakatan yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas semakin bercelaru.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, ia juga memperlihatkan bahawa pembangkang tidak percaya kepada keupayaan satu sama lain, khususnya DAP yang tidak akan memberi kepercayaan kepada pemimpin Pas untuk menerajui pakatan itu.
"Ini bukti Pas dan DAP sudah tidak lagi percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) mampu memimpin mereka ekoran skandal liwat dan video seks di samping PKR yang semakin lemah dan celaru.
"Ia juga sebagai bukti Pas dan DAP tidak lagi boleh bekerjasama dan perjuangan mereka juga berlainan kerana sememangnya seperti diketahui ramai, mereka mempunyai dasar dan ideologi politik yang berbeza," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas dakwaan bahawa Tengku Razaleigh dipelawa pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.
Mohamad Ezam yakin Tengku Razaleigh tidak akan menerima pelawaan pembangkang itu kerana percaya Ahli Parlimen Gua Musang itu akan tetap setia bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ianya turut membuktikan bahawa mereka sendiri tak percaya dengan keupayaan Haji Hadi untuk menggantikan Si Anugay tu selepas ini.

Adakah orang PAS hanya akan berdiam diri sahaja dalam isu ini? Adakah mereka akan tetap akur walaupun Presiden mereka sendiri diaibkan sedemikian rupa?

Kalau tengok keadaan sekarang ni, macam tu la lebih kurangnya. Maklum la. Diorangkan Pak Angguk Saja. Jadi, apa saja yang orang suruh dan orang cakap, diorang main angguk je!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping