Korang semua mesti tau, apa dia kerja seorang ahli silap matakan? Kerja diorang ni adalah untuk mewujudkan ilusi bagi mengaburi mata penonton.
Kebanyakan ahli silap mata ni menggunakan 'titik buta' yang ada pada manusia untuk membuat satu - satu pertunjukkan.
Diorang menjadikan satu benda yang tidak nampak secara realiti, menjadi satu ilusi sebagai hiburan kepada penonton - penonton.
Maka, sebab itulah kita panggil diorang ahli silap mata. Kerana apa yang dilihat oleh mata tu tak menunjukkan perkara sebenar.
Dan benda tu la yang dilakukan oleh Si Mat Sabun dalam kes yang KONONnya dia kena langgar dengan kenderaan Polis baru - baru ni.
Sebelum ni, dia kata Land Rover langgar dia. Lepas Polis dedahkan video CCTV, dia terus tukar kenyataan. Kata dia, dia tak sebut pun Land Rover tapi kereta Waja Polis.
Sebab apa dia cakap macam tu? Sebab, kali pertama masa dia cakap pasal Land Rover, semua orang tak tengok lagi video tu.
Tapi bila orang dah tengok dengan mata kepala sendiri, dia tukar la cerita dengan mengatakan bahawa kereta Polis tu yang langgar dia.
Sebab apa pulak dia kata kereta Polis tu yang langgar? Sebab kereta Polis tu duduk kat belakang Land Rover. Jadi semua orang tak nampak.
Maka tak salah la kalau kita kata Si Mat Sabun ni nak jadi ahli silap mata. Tak tau la sama ada mata dia yang silap sebab tak kenal kenderaan, atau mata rakyat Malaysia yang tengok dia berlakon dan asyik dok menipu tu!!!
Ps: Tempoh 24jam yang Peguam dia bagi kepada pihak Polis dah habis. Jadi, kita tengok. Berani ke tidak dia nak saman pihak Polis ni nanti.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.