Kadang - kadang, Semut pelik jugak dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Diorang sibuk - sibuk laungkan pasal kebebasan hak bersuara.
Diorang tuntut hak kebebasan dalam media. Tapi, bila ada orang yang nak meluahkan apa yang diorang fikir dan diorang rasa, kena kritik pulak.
Bukan setakat satu dua komen je yang diorang bagi. Berjela - jela. Ada yang sampai kena pergi ke muka surat lain. Bila tanya, nak berbahas kononnya.
Tapi dalam kes Datuk Seri Najib ni lain pulak. Hanya semata - mata kerana Datuk Seri Najib rajin memberikan pendapat dan pandangan, diorang sesakkan laman FB dia semalam.
Penuh 'Wall' dia dengan perkataan seperti 'Diamlah!!!' dan 'Tolong Diam Najib'. Entah apa tujuannya, tak tau la. Tapi nak sangat kebebasan. Itu kebebasan kepala tengkorak dia.
Kenapa la pemimpin diorang tak ajar cara yang lebih bertamadun untuk menghadapi sebarang masalah ye?
Cuba kalau diorang bagi cadangan - cadangan yang bernas untuk membangunkan Negara. Tahan la jugak. Ini asyik nak menjahanamkan Negara je kerjanya.
Nampak sangat la bahawa puak - puak penyokong Pakatan Pembangkang tu perangai macam budak kecik. Dah tak de idea nak serang pemimpin.
Jadi, sebab tu la diorang buat kerja bodoh macam tu. Umur je dah tua agaknya diorang ni, tapi perangai kalah budak tadika!!!
KUALA LUMPUR 26 Julai - Laman sosial Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diceroboh pihak tidak bertanggungjawab hari ini yang mengeluarkan komen-komen negatif memburukkan beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Segala komen berunsur fitnah dan maki-hamun terhadap Perdana Menteri itu dikesan mula dimuat turun ke status Facebook beliau sejak pukul 7 pagi ini dan semakin bertambah sehingga kini.
Mereka yang membuat 'serangan' melalui laman sosial ini dipercayai berpura-pura menjadi peminat beliau sebelum mengambil kesempatan mengeluarkan komen buruk terhadap pemimpin nombor satu negara itu.
Hasil semakan Utusan Malaysia di Facebook mendapati, rata-rata individu yang mengeluarkan komen negatif merupakan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana pada profil mereka terdapat logo Bersih dan warna kuning.Selain Perdana Menteri, turut menjadi sasaran kemarahan dan fitnah kumpulan terbabit melalui Facebook itu ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akhbar Utusan Malaysia.
Mereka turut memuat turun video dan gambar yang didakwa memperlihatkan perbuatan salah laku Rosmah dan Hishammuddin serta individu-individu yang kononnya menjadi mangsa aniaya kerajaan seperti wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas banduan, A. Kugan.
Melalui Facebook tersebut ialah mereka membuat desakan meminta Najib dan Hishammuddin meletak jawatan.
Ada yang kecewa tentang wacana "Apakah Selepas 9 Julai" yang dihadiri oleh Wan Ahmad SPR dan Ambiga bersih. Niat jahat dan buruk mangkin terbongkar...perangai pulak macam beruk...mereka boleh bangga berperangai macam tu...dok riuh dalam blog kata padan muka Wan Ahmad "rakyat" boo..dalam hati mereka dah mula malu dan takut...lagi ramai yang benci...tengelam punca pi serang FB PM...
BalasPadamaaaa..hahahaaaa
BalasPadam