Wah!!! Ini dah kes melampau. Dah boleh main - main buat cerita ikut suka hati diorang ni, apa hal? Takkan tak de tindakan yang boleh diambik terhadap diorang ni?
Isu Wahabi yang dikaitkan dengan beberapa orang tokoh Ulama termasuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin ni katanya sengaja diada - adakan oleh pihak Malaysiakini.
Dalam laporan yang disiarkan oleh mereka sebelum ini mengatakan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menimbulkan kebimbangan terhadap tokoh - tokoh tersebut.
Malah, Malaysiakini turut membuat dakwaan bahawa gerakan Wahabi ini ada kaitan dengan aktiviti terorisme.
Mereka juga turut mengaitkan beberapa Kerajaan di Timur Tengah dengan isu ini dan mendakwa Kerajaan Arab Saudi menjadi dalang disebalik apa yang berlaku.
Menurut 'sumber' mereka, satu taklimat selama 3 jam telah dibuat dan dikatakan tokoh - tokoh tersebut 'dinaungi' Kerajaan Arab Saudi serta Negara Teluk seperti Kuwait dan Bahrain.
"Saudi juga dikatakan penyumbang kepada faktor kejatuhan kerajaan (empayar Islam Turki) Uthmaniyah (1299-1923)," dakwa sumber-sumber.
Namun, menurut sumber Semut, tidak ada pihak daripada MKN sendiri yang membuat pendedahan tersebut. Ianya sekadar rekaan pihak Malaysiakini sahaja.
Sumber itu juga turut mengesahkan bahawa MKN tidak pernah mengaitkan nama Dr. Mohd Asri sebagai ancaman kepada Negara.
Ianya hanya laporan palsu yang sengaja dimainkan oleh pihak pembangkang dan dipusing pula oleh Malaysiakini.
Nampak gayanya, kisah macam ni dah semakin berleluasa. Isu yang tak wujud pun boleh diada - adakan ikut sesuka hati mereka.
Untuk apa mereka buat semua ni? Untuk menimbulkan spekulasi dan sengaja nak menghuru - harakan keadaan. Tak lupa juga tujuan mereka hanya untuk menipu rakyat.
Korang bayangkan la sendiri. Ini ke caranya diorang buat untuk kita menghormati para Ulama yang ada dalam Malaysia dengan mereka-cipta cerita yang bukan - bukan?
Apa tindakan PAS dalam isu ni? Diorang gelak je bila ada para Ulama dijadikan mainan Politik. Itu ke yang diorang kata perjuangan Islam? Perjuangan Islam Kepala Tengkorak Dia!!!
Menteri Amaran tak baca MKini kut ... jika baca ... tentu keluar AMARAN.
BalasPadamMenteri Amaran lupa MKini ni ... bawah Rais Penerangan ke ... bawah Zahid Pertahanan ... nanti dia semak dulu ... kemudian beri AMARAN.
AMARAN jangan tak beri AMARAN ... nanti kena SAMAN
Mohon pehak berkenaan (MKN)membuat penerangan dan penafian untok menangkis isu isu yang tak betul. Kepada Prof janganla cepat melatah cuba selesaikan masalah sebaik mungkin demi perpaduan ummah.
BalasPadam