Sabtu, Julai 02, 2011

...Asyik Tido Je Kerja Dia, Mana Rakyat Tak Marah...
Fuh!!! Tak sangka sungguh. Ada jugak dikalangan ahli - ahli PAS tu yang dah mula sedar  dengan penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan ni ye?

Mau taknya. Dia tak ada dalam Negeri je, semua main pakat keluar dari Parti Angguk Saja tu secara beramai - ramai. Dengar kata hampir 3000 orang jugak katanya.

Pandai pulak diorang pilih waktu untuk mengambil tindakan sedemikian ye? Betul - betul waktu Nik Aziz tak de dalam Negeri pulak tu.

Mungkin diorang pun marah jugak. Dah asyik dia je yang pergi melancong guna duit rakyat. Rakyat dibiarkan begitu sahaja tanpa dibela. Habis macam mana la rakyat tak marah, ye tak?

Itulah penangannya bila Perdana Menteri turun ke padang. Mesti ada je ahli - ahli Pakatan pembangkang yang tertarik hati dan bertindak sedemikian rupa.

Puas la Si Wali Terompah tu nak memperbetulkan semula minda rakyat di Negeri dia lepas ni. Entah apa la fatwa baru yang akan dia keluarkan nanti ye?

Bukan setakat rakyat biasa je yang mengambil tindakan keluar dari parti tu. Dengan sedara mara dia sekali yang keluar pulak tu. Fuh!!! Dahsyat!!!
PASIR PUTEH 2 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat Kelantan kini mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN) setelah 2,800 ahli Pas menyertai UMNO di daerah Pasir Puteh.
Beliau berkata, penyertaan mereka membuktikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pas semakin berkurangan.
Katanya, keyakinan itu juga bersandarkan seramai lebih 20,000 rakyat hadir pada majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, di sini.
Najib berkata, antara ahli-ahli Pas yang menyertai UMNO itu ialah saudara kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu, Raja Abdullah Raja Mahmud.
“Seramai 2,800 ahli tinggalkan Pas dan pengundi Pasir Puteh sudah hilang keyakinan kepada Pas,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama rakyat itu, hari ini.
Perdana Menteri turut meminta Raja Abdullah naik ke pentas bagi hadirin mengenalinya, yang disambut dengan sorakan para hadirin beserta laungan dan teriakan “Gelombang Merah”, iaitu gelombang perubahan untuk rakyat, cetusan UMNO Kelantan.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Masuk UMNO je, pangkah nyer nnti belum tentu... sapa x mao masuk syurga weiiii~ belajar dr pengalaman lalu....

    BalasPadam
  2. para ahli PAS yang meninggalkan parti itu disebabkan PAS kini bukan lagi parti Islam, sebaliknya PAS adalah PARTI AMBIGA SREENEVASAN

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping