Ahad, Julai 31, 2011



Semut terlebih dahulu memohon maaf kerana tersilap taip. Maklum la, manusia. Kita biasa buat kesilapan. Nak pulak bila asyik mengadap komputer ni.

Kadang - kadang kita ketuk papan kekunci ni pun bukan kita sedar. Kadang - kadang tu dah mengantuk, maka sebab itulah tersalah taip.

Sebelum ini, ada la blogger yang, (hmm... macam mana nak kata ye? Dia dulu Pro Pembangkang. Tapi sekarang, dia Pro Kerajaan pulak) membangkitkan isu ni.

Kata dia, Semut dah tersalah bagi infomasi mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak Lynas. Kata dia angka 20ribu tu tak masuk akal.

Jadi, sebab itu Semut buat pembetulan disini. Bukan 20ribu sebenarnya. Tapi hanya 450 peluang pekerjaan yang ditawarkan.


Inilah perbezaan diantara blogger Pro Kerajaan dengan pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang tu. Dah buat silap mengaku. Bukan terus menerus tipu rakyat.

Bukan sekali kita tengok puak - puak Pakatan Pembangkang tu menipu. Sebagai contoh, isu cincin. Hari tu kata USD 24juta. Lepas tu tukar pulak, RM 24juta je.

Itu satu. Yang Si Mat Sabun tu pulak, hari tu kata dia kena langgar dengan Land Rover. Lepas Polis keluarkan video, dia kata dia kena langgar dengan kereta Waja pulak.

Belum cerita pasal Si Ketua Penipu tu kata Haji Hadi kena 'heret' dan di'humban' dalam lokap. Padahal, Haji Hadi sendiri mengakui bahawa dia dilayan dengan baik.

Dan Si Fuziah 'Reaktor' tu sendiri pun dah berapa kali didapati menipu. Malah blogger tu jugak turut bersetuju bahawa tindakan Fuziah tu hanya nak menakut - nakutkan orang.

Walau bagaimana pun, Semut ucap terima kasih kerana memberikan fakta yang sebenar. Dan ianya menjawab soalan yang diorang sendiri kemukakan sebelum ini.

Tak kira la 20ribu ke, 200ribu ke atau 450 aje, yang penting ada peluang pekerjaan diberikan oleh pihak Syarikat Lynas sehingga ahli PKR sendiri turut merebut peluang tersebut.

Itu sahaja sudah membuktikan bahawa bukan setakat rakyat di sekitar kawasan Gebeng je yang sudah mula sedar, malah ahli PKR sendiri pun dah mengakui bahawa kilang tersebut memberi manfaat kepada rakyat. Yang itu dia nak nafikan jugak ke???
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. semut ketuk papan kekunci ke.. gigit ketuk papan kekunci? keh3

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping