Ahad, Julai 03, 2011


Hehehe... Ini satu cerita lawak yang dibuat oleh beberapa orang rakan Semut masa makan tengahari tadi. Ianya berikutan dengan tajuk akhbar hari ini.

Yang pertama sekali ialah mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri di Taiping semalam.

Tan Sri Muhyiddin Yassin kata, perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah perhimpunan kotor kerana kaedah yang digunakan tidak melambangkan demokrasi yang sebenar.

Kalau nak diikutkan, memang betul pun. Amalan demokrasi yang sebenar ialah melalui perbincangan, bukan perhimpunan.

Kalau pun diorang nak buat tuntutan kepada SPR, ianya adalah sesuatu yang tidak logik untuk mereka mengadakan perhimpunan beramai - ramai.

Melainkan mereka ada agenda tersembunyi demi kepentingan Politik pihak - pihak tertentu. Dan perkara itu yang dibantah oleh rakyat Malaysia sebenarnya.
"Ini bukan perhimpunan bersih tetapi perhimpunan kotor. Mereka mahu menggantikan demokrasi berparlimen dengan demokrasi jalanan," katanya
Itu satu hal. Yang satu lagi ialah apabila ROS mengistiharkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil sebagai sebuah pertubuhan haram.

Malah Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengistiharkan bahawa perhimpunan yang bakal diadakan itu adalah sebuah perhimpunan haram yang melanggar hukum syarak.

Kalau ianya haram, maka dah tentu la orang yang menyertai perhimpunan tu kena samak balik diri mereka dengan air tanah.

Tak pun dinasihatkan kepada FRU agar menyediakan lori air yang berisi dengan air tanah. Senang sikit nak simbah diorang tu nanti. Tak payah la diorang susah - susah nak cari tanah nanti.

Semut ulang sekali lagi. Tidak ada orang yang menghalang atau menolak tuntutan yang dikemukakan oleh Gabungan tersebut.

Yang dibantah oleh rakyat dan NGO Malaysia ni ialah penganjuran perhimpunan tu. Ianya tak membawa sebarang faedah lansung. Banyak buruk dari baiknya.

Tapi kalau degil nak buat jugak, nak kata apa lagi. Dah memang dasar bongok, bongok la jugak!!! Macam sial!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Eloknya kepala kepala sampah politik kepala kepala NGO yang ni ditangkap dan disumbat dalam kandang babi. Biar dia tahu bahawa spesis itulah anggapan majoriti rakyat Msia terhadap mereka.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping