Wakakaka!!!! Semut cakap dah. Si Mat Sabun ni takkan berani de nak ambik tindakan terhadap pihak Polis.
Dia sebenarnya dah tahu yang dia bersalah kerana menipu seluruh rakyat Malaysia. Tapi saja nak buat gempak, dia kata la dia nak saman Polis sebab cakap dia menipu.
Sampai hari ni, masih tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh Si Mat Sabun tu. Hanya diorang hantar notis je untuk pihak Polis memohon maaf.
Notis tu pun dihantar sebelum seluruh umat Islam mula berpuasa hari tu. Dah lama dah sedangkan tempoh memohon maaf tu hanya 4 hari sahaja.
Selepas 4 hari, katanya Mat Sabun akan ambik tindakan dan saman pihak Polis kerana membuat fitnah terhadap beliau. Tapi, sampai hari ni, tak de pun saman yang dibuat.
Macam mana caranya dia nak lari dari mengambil tindakan menyaman pihak Polis ni? Dia gunakan Suhakam. Meh baca laporan ni.
KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menegaskan agensi itu tidak boleh memanggil Mohamad Sabu dalam perbicaraan inkuiri awam agensi itu sekiranya Timbalan Presiden PAS itu telah memfailkan saman ke atas polis.Selain itu jelas Pesuruhjaya Suhakam Mohamad Sha’ani Abdullah, mana-mana kes termasuk dalam isu Himpunan Bersih 2.0 yang telah dibawa ke mahkamah secara automatik pihaknya tidak boleh memanggil untuk memberikan keterangan.Kata beliau, pihaknya sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan tindakan keras polis ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu dengan prosiding inkuiri awam dijangka diadakan awal Oktober.Mohamad sebelum ini memutuskan untuk menyaman polis atas dakwaan dilanggar sebuah kereta polis semasa dalam perjalanan menuju ke ibu negara dengan membonceng motosikal.Beliau juga telah mengarahkan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin agar menghantar surat saman kepada polis kononnya beliau berbohong berhubung isu kemalangan yang mengakibatkannya terpaksa menjalani pembedahan.“Mengikut undang-undang (Akta) Suhakam, mana-mana kes yang telah dibawa ke mahkamah kes itu tidak boleh disemak oleh Suhakam.“Macam kes Mat Sabu (Mohamad) kalau beliau bawa ke mahkamah atau polis dakwa di mahkamah, Suhakam tidak boleh terlibat dalam kes itu,” kata Mohamad Sha’ani kepada The Malaysian Insider.Justeru beliau menasihatkan Mohamad supaya menangguhkan hasrat untuk menyaman polis sehingga keputusan prosiding inkuiri awam Suhakam keluar.
Nampak sangat la Si Mat Sabun tu memang takut nak saman. Kalau dia saman, dia dah tentu - tentu akan terkantoi menipu. Kalau dia tak saman pun, kantoi jugak dia menipu. Tapi apa lagi kerja yang dia tau buat? Menipu tu je la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.