Selasa, Ogos 09, 2011


Muka pun memang dah macam sampah. Mungkin itu je tempat yang terbaik untuk Si Khalid Gereja ni bersembunyi.

Hari tu, tak sampai 24 jam selepas serbuan JAIS dibuat ke atas sebuah gereja di Damansara Utama, dia terlebih dahulu mengecam tindakan tersebut.

Bukan sekali dia buat sidang media, tapi tiga kali dalam tempoh kurang dari 24 jam. Semuanya mengecam dan mengutuk pendirian Datuk Dr. Hassan Ali.

Kata dia, tindakan tersebut dah melanggar prinsip Islam dan tidak sewajarnya dilakukan oleh Dr. Hassan walaupun terdapat bukti yang sah mengatakan wujud agenda memurtadkan Umat Islam.

Namun selepas penjelasan yang dibuat oleh Dr. Hassan Ali dihadapan kepimpinan PAS Pusat Ahad lalu, Khalid Gereja tu pun hilang. Ke mana dia pergi?

Menyorok bawah meja Teresa Kok kot? Maklum la, dah songeh muka sebab tersalah balun orang. Sekarang baru la nak cari tempat bersembunyi.

Sepatutnya, Si Khalid Gereja ni perlu memohon maaf secara terbuka kepada Dr. Hassan Ali dan JAIS kerana telah membuat kecaman yang tidak sepatutnya.

Tuduh orang benda yang bukan - bukan pandai sangat. Tapi bila nak mengaku salah, penakut nak mampos. Itu pejuang Islam? Kepala Tengkorak dia!!!
PETALING JAYA: Di sebalik kontroversi yang membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya minggu lalu, kini terdapat bukti yang menjelaskan keadaan sebenar pada majlis makan malam tersebut.
FMT turut menerima tentatif program serta kertas soalan bersifat ‘menguji pengetahuan’ dalam bahasa Malaysia dan Inggeris – sebagai bukti dakwaan mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut agama Islam.
Soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al- Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.
Kertas dua halaman yang mengandungi 12 soalan itu didakwa diberikan kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh penganut agama Islam.
Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.
Antara soalan itu adalah ‘Apakah maksud perkataan Islam, Muslim, Quran? Apakah enam perkara iman seseorang Muslim, solat lima waktu dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad dan tahun bilakah Nabi Muhammad dilahirkan.
Berapa banyak Surah dalam Al-Quran? Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan kenapa orang Islam bersalam menggunakan sarung tangan?
Pendedahan itu dibuat oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang mendakwa kepingan-kepingan kertas soalan itu ditemui dalam sebuah tong sampah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping