Rabu, Ogos 31, 2011


Semut heran jugak dengan perangai Si Ketua Penipu ni. Dia buat kenyataan semuanya dalam keadaan tak sedar diri agaknya.

Baru - baru ni, dia bangga sangat dengan pendedahan yang dibuat oleh pihak Merdeka Center mengenai populariti Datuk Seri Najib yang merundum.

Statistik yang dijalankan oleh Merdeka Center itu merujuk kepada bancian yang dilakukannya pada tahun lepas dimana ianya dikatakan jatuh kepada 59% berbanding 72% tahun lalu.

Dan perkara itu dipergunakan sebaik mungkin oleh Si Ketua Penipu ni dengan menyatakan bahawa ia menunjukkan bahawa sokongan rakyat beralih kepada Pakatan Pembangkang.
SHAH ALAM, 30 Ogos – Kemerosotan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan pengundi mula beralih kepada Pakatan Rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Bagaimanapun menurut Ketua Pembangkang, sokongan di kawasan luar bandar kekal elusif ekoran “propaganda berlebihan kerajaan” Barisan Nasional.
“(Tetapi) saya optimistik jika Pakatan bekerja keras untuk menjelaskan isu dan melihat pada prestasi negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, saya percaya rakyat akan memilih (Pakatan),” kata Anwar kepada pemberita.
Dalam keghairahan dia mempergunakan statistik tersebut, Si Ketua Penipu ni tak sedar yang sokongan rakyat terhadap diri dia tidak berganjak walau pun sedikit.

Kalau dilihat kepada statistik yang dijalankan oleh Merdeka Center, populariti Datuk Seri Najib dilihat lebih terampil daripada diri Si Ketua Penipu itu sendiri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih berketerampilan sebagai pemimpin di mata masyarakat umum berbanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.NONEIni menurut Ibrahim Suffian dari pusat bancian Merdeka Centre adalah kerana keberkesanan penggunaan media arus perdana untuk menaikkan imej Najib.

Malah katanya, jumlah rakyat yang berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, kukuh pada paras 69 peratus pada Disember lalu.

"Jika anda bertanya kepada saya - siapa yang rakyat fikirkan boleh melakukan kerja dengan lebih baik,- mereka berkemungkinan akan memilih Najib. Terdapat banyak berita mengenai Najib melakukan pelbagai perkara dan sebahagian besar berita itu sangat positif.

"Jadi mereka mempunyai pandangan yang lebih positif terhadap Najib berbanding Anwar. (Persepsi Anwar) dalam media arus perdana diselubungi tindakan undang-undang yang bersilih ganti. Hampir setiap hari, ada sahaja orang yang menuduh beliau dengan pelbagai dakwaan.”
- MK
Maka, jika Si Ketua Penipu tu nak mengiktiraf bancian yang dilakukan oleh Merdeka Center, bermakna dia juga mengakui bahawa diri dia tidak se'popular' Datuk Seri Najib.

Sedar la diri tu sikit sebelum nak bercakap pasal orang. Jangan main ikut sedap mulut je buat andaian. Kan tak pasal - pasal je dah malu muka. Dah la muka pun macam beruk, ada hati nak kutuk orang konon. Ceit!!! Pigidah!!!

2 ulasan:

  1. semakin jelas penyakit gila menimpa nwar disebabkan sembahyang hajat perdana pas, pas teruskan solah hajat anda.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping